,

Hijrah Menjadi Insan Bertuhan (bahagian 2-akhir)

Aku ingin hijrah untuk menjadi insan yang dunianya berpaksikan ajaran Islam sebenar. Berjaya di dunia dan akhirat?

I like this quote ‘We are not going to find spirituality by trying to bypass out humanness, but rather by flourishing inside it. That means feeling our emotion and using them to get closer to Allah’.

Inilah cerminan hidup sebagai insan bertuhan. Setelah kita berusaha sehabis baik dalam kehidupan seharian kita, kita harus akui kita cuma hamba yang punya banyak kekurangan, mintalah pada pertolongan daripada Allah SWT dan bertawakal padaNya.

We are only taking care of the actions (usaha) and let the outcome be in Allah’s hand.

Bagaimana pelaksanaan hijrah?

Aku fikir hijrahku kali ini harus bermula dengan memahami dan menyemaikan hakikat hidup bertuhankan Allah SWT dahulu dan berazam untuk jadi hambaNya yang lebih baik setiap hari.

Kerana setiap kali matahari terbit adalah satu peluang baru untuk kita mencorak diri menjadi yang lebih baik. Setiap hari adalah lembaran baru.

Jika hari semalam aku gagal dalam hijrah ku, esok hari aku akan mula lagi. Belajarlah dari Matahari, tak peduli seberapa banyak dia tergelincir, tak peduli berapa kali dia tenggelam, dia tetap akan terbit di pagi hari dan kembali menyinar.

Satu doa yang aku baru mula amalkan setiap kali lepas solat Isyak sebelum masuk tidur: ‘Ya Rabbi ampunkan segala dosa-dosaku hari ni, ampunkan aku, masih tidak sempurna ibadahku padaMu hari ini, izinkan aku untuk jadi hambaMu yang lebih baik esok hari’.

InshaaAllah, kita akan jadi semangat utuk bangun solat subuh dan mulakan hari esok. Perbaharui hijrah setiap hari, bukan setiap tahun.

Aku terbaca post Heliza Helmi ‘Duhai hati, jika terdetik di hati saat ini untuk berubah, saat itu juga kau harus bertindak! Bertangguh-tangguh hanya akan menjadikan peganganmu makin rapuh’.

Bila hati terdetik untuk berubah, itu tanda Allah SWT sedang mengetuk pintu hati, menghadirkan hidayah pada kita.

Kerana hidayah itu mahal, kita kena sentiasa pelihara hidayah ini, takut tahun depan hidayah ini tidak datang lagi pada kita.

Baru-baru ni dengar pengisian daripada Syeikh Habib Ali Zaenal tentang ‘hidayah’. Hidayah ini ada banyak peringkat.

Pertama Allah SWT beri hidayah supaya kita dapat bezakan yang baik dan buruk. Dan bila kita pelihara hidayah ini, ditambah lagi hidayah tahap kedua, diberi pula hidayah untuk kita kekal berbuat kebaikan dan tetap di jalan kebaikan.

Apabila kita pelihara hidayah ini, ditambah lagi hidayah tahap ketiga, diberi pula hidayah untuk kita memilih berbuat yang lebih baik saat kita cukup dengan berbuat baik sahaja, tapi kita pilih untuk buat yang lebih baik dari itu.

Baru aku mengerti maksud hidayah itu.

Setiap manusia di beri hidayah, ada peringkat-peringkat hidayah, cuma tergantung pada insan itu, memilih untuk mengikut dan memelihara hidayah itu atau mengabaikannya.

Jadi, jangan jadikan ‘hidayah tak sampai lagi’ sebagai alasan untuk tidak berbuat kebaikan dan kekal pada jalan itu.

Jom mulakan dengan perbaiki waktu solat kita, bacaan solat kita, memahami Quran dan Sunnah dan mengamalkannya. Sekian diakhiri tulisan ini dengan rintihan doa insan bertuhan:

Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini terlalu banyak dosa, terlalu banyak janji padaMu yang aku dustakan. Namun setiap kali aku menyimpang jauh dariMu, pasti Engkau pimpin semula tangan kecil ini untuk kembali sujud padaMu.

Ya Allah, saat Engkau hadirkan kemanisan iman dalam hati ini, kekalkanlah rasa ini.

Ya Allah, saat Engkau hadirkan rasa takut padaMu dalam diri ini, janganlah engkau cabut rasa ini.

Ya Allah, saat Engkau lahirkan kebergantungan penuh padaMu dalam hati ini, tetapkanlah rasa ini.

Kerana aku takut untuk berada jauh dariMu dan mengulangi lagi silap ku yang lalu.

Aku takut aku kufur pada nikmatMu, aku takut jadi insan yang sombong merasa serba tahu melebihiMu, aku takut menjadi insan yang riak pada kelebihan pinjaman daripadaMu.

Terima kasih Ya Allah kerana memelihara aku dan beri peluang untuk aku merasai kemanisan iman, menggetarkan hati ini pada kekuasaanMu, dan memahamkan aku erti tawakal yang sebenarnya padaMu.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur (nama pena).

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 100.000000%