, ,

Tips ‘Fall In Love’ Dengan Al-Quran

Al-Quran yang ALLAH turunkan kepada kita mempunyai khabar gembira, ancaman, pengajaran dan peringatan supaya kita sentiasa beringat dan menjadikan ia sebagai panduan hidup kita.

Kita bukan sekadar dituntut untuk membaca Al-Quran tetapi juga perlu memahami apa yang kita baca.

Sama situasi macam kita belajar, kalau kita sekadar membaca lecture notes tetapi tidak faham apa yang kita baca, agak-agak boleh jawab ke tidak soalan exam?

Apa beza jika kamu membaca Al-Quran dan kamu membaca buku bahasa Perancis/ Mexico/ Korea/ China jika kamu tidak faham? Kamu tidak akan dapat ambil pengajaran daripada apa yang kamu baca.

Membaca?

Semua orang boleh membaca Al-Quran. Semua orang boleh khatam Al-Quran, akan tetapi untuk memahami Al-Quran hanyalah untuk mereka yang betul-betul ada kemahuan yang kuat.

Setiap orang berbangga dapat khatam Al-Quran dalam masa yang singkat. Memang kamu boleh khatam Al-Quran tetapi kamu khatam beserta dengan maknanya tidak?

Kalau ya? Tahniah kerana kamu tahu apa yang ALLAH khabarkan dalam Al-Quran.

Kalau tidak? Jom ubah untuk baca + hayati Al-Quran.

“Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al-Quran?” (4:82)

“Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?” (47:24)

**********

(1) Tidak faham Bahasa Arab?

Jangan sekadar baca Al-Quran tanpa memahami maksudnya kerana kita tidak akan tahu apa yang ALLAH ingin khabarkan kepada kita.

Macam mana ingin mengambil pengajaran daripada Al-Quran jika kita sendiri tidak faham apa yang kita baca.

Sekarang sudah ada banyak Al-Quran terjemahan yang cantik dengan pelbagai warna dan design, oleh itu beli dan gunalah Al-Quran terjemahan untuk memahami surat cinta ALLAH. 

Once kita sudah ada Al-Quran terjemahan yang kecil, cantik maka kita akan semakin sayang dan rajin untuk membaca Al-Quran.

Kemudian, cuba lekatkan dengan sticky notes pada ayat-ayat Al-Quran yang kita suka atau yang deep untuk diri kita, maka kita akan fall in love dengan Al-Quran dan bawalah ia ke mana sahaja kita pergi. Cubalah!

(2) Surah favourite

Al-Quran ada 114 surah dan setiap surah mempunyai fadhilat tersendiri yang ALLAH berikan untuk kita amalkan.

Kita semua pasti ada surah favourite/ pilihan yang kita selalu ulang baca dan hayati pada setiap hari. Surah yang kita tidak pernah miss untuk diamalkan.

Justeru, untuk rajinkan kita pegang Al-Quran setiap hari, kita boleh pilih surah favourite kita.

Sebagai contoh, kita boleh amalkan surah Al-Mulk sebelum tidur, surah Al-Waqiah dan surah Yassin setiap hari, dan juga surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat.

Kemudian cuba untuk membaca Al-Quran dan hayatinya setiap hari, paling kurang 1 helai sehari. Mulakan pagi kita dengan membaca Al-Quran dan akhiri hari kita dengan membaca Al-Quran.

Bahagianya hidup, InshaAllah.

“dan (ini) sesungguhnya Al-Quran yang sangat mulia.” (56:77)

“dalam kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuz).” (56:78)

“tidak ada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan.” (56:79)

“Diturunkan dari Tuhan seluruh alam.” (56:80)

(3) Berdoa

Apabila kita berada di dalam suasana yang tidak islamik, sebenarnya sangat susah untuk kita membaca Al-Quran walaupun hanya 1 helai sehari.

Apabila hanya kita seorang sahaja yang cuba untuk membaca Al-Quran, orang sekeliling kita memandang seolah-olah kita adalah alien yang turun ke bumi.

Tetapi itulah hakikat dan realiti kita sekarang di akhir zaman.

“Kamu boleh bermain phone dan membaca novel di khalayak tetapi kamu akan kelihatan asing jika membaca Al-Quran.”

“Kamu boleh memperuntukkan masa untuk Whatsapp, Instagram, Facebook, Twitter, Youtube berjam-jam tetapi kamu berkira untuk meluangkan masa beberapa minit dengan Al-Quran.”

Bukan sembarangan orang boleh memegang dan membaca Al-Quran kerana ALLAH juga membuat pilihan siapa hambaNya yang layak untuk membaca dan memahami Al-Quran.

Allah menurunkan petunjuk (Al-Quran) kepada semua manusia tetapi Allah memberikan petunjuk hanya kepada hamba-hamba yang Dia kehendaki.

“Dan jika Kami kehendaki nescaya Kami berikan setiap jiwa petunjuk (baginya), tetapi telah ditetapkan perkataan (ketetapan) daripada-Ku, ‘Pasti akan Aku penuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia bersama-sama’.” (32:13)

Doa adalah senjata kita umat Islam. Oleh itu, kita harus sentiasa berdoa supaya ALLAH memilih kita antara hamba-hambaNya yang diberi petunjuk supaya mudah untuk melakukan ketaatan dan membaca Al-Quran.

**********

Al-Quran menyucikan jiwa kita semua kerana Al-Quran adalah cahaya dan cahaya ALLAH tidak akan pernah bercampur dengan maksiat.

Hati yang penuh maksiat akan terasa sulit dan berat untuk membaca ayat-ayat ALLAH dan semoga kita semua diberi hidayah oleh ALLAH untuk sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH.

ALLAH tidak memandang betapa banyaknya dosa kita kerana jika kita memohon ampun maka ALLAH menghapuskan dosa kita walaupun ianya memenuhi langit dan bumi.

Dan ALLAH mengubah takdir kita daripada seorang pendosa kepada hamba kesayanganNya melalui doa dan harapan.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Total votes: 6

Upvotes: 6

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%