,

Tercedera, 10 Tahun Mencuba, Akhirnya Azizulhasni Juara Dunia

azizulhasni the pocket rocketman

Pada Februari 2011 Malaysia digemparkan dengan satu berita mengejutkan. Azizulhasni Awang terlibat dalam satu kemalangan serius dalam acaran keirin. Serpihan kayu sepanjang 20cm menembusi betisnya.

kecederaan azizul
Kemalangan di alami Azizul pada UCI Track Cycling World Cup Classic di Manchester Velodrome on February 19, 2011 in Manchester, England. (Photo by Bryn Lennon/Getty Images)

Hari ini semua itu sudah tinggal sejarah.

Hari ini Azizul buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia, “Malaysia Boleh”.

Hari ini Azizul, The Pocket Rocketman, muncul juara dunia Track Cycling 2017 di Hong Kong.

Tercetus Minat

Anak kelahiran Dungun, Terengganu ini memulakan karier seawal usia 10 tahu. Waktu itu dia tertarik pada acara berbasikal selepas melihat abangnya berlumba basikal.

Dari minat timbul kemahuan dan keinginan.
Dia mula fokus dan berlatih.

Azizul mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. (sekarang PT3)
Arwah bapanya memberikan hadiah sebuah basikal terpakai sebagai hadiah.
Azizul makin terdorong dan bersemangat.

Memulakan Karier

Azizul ini orangnya kecil saja. Sebab itu dapat jolokan The Pocket Rocketman. Namun semangatnya luar biasa hebat.

Dia mula mendapat perhatian apabila memenangi pingat perak dalam kejohanan berbasikal pecut pada tahun 2009.

Setahun kemudian, Azizul meraih pingat perak dalam kategori keirin. Dia dinamakan Malaysian Sportsman selama dua tahun berturut-turut. (2009 dan 2010).

Malang tidak berbau, Azizul terlibat dalam kemalangan.
Kejadian berlaku di Manchester.

Azizul berada dalam acara kegemarannya, pusingan akhir keirin.
Dalam acara itu Azizul terlibat dalam kemalangan. Serpihan kayu sepanjang 20cm menusuk masuk. Tembus betis. Pedih tak terkata.

Kejohan 2011 terpaksa dilupakan.

Juara Dunia Track Cycling World Championships 2017

Azizul berkata,

“Selama 10 tahun saya cuba menjadi juara dunia. Saya sudah hampir untuk menang namun tewas pada Chris How pada waktu itu” (2010 Copenhaagen, Denmark)

“Saya kecewa tapi saya beritahu untuk tidak putus asa dan terus berusaha. Saya tahu saya boleh melakukannya”.

Saksikan bagaimana Azizulhasni Awang menyelit dari belakang, muncul ke hadapan. Dan seterusnya memecut laju meninggalkan saingan.


Apabila ditanya perasaannya, dia berkata,

“Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menjadi juara dunia. Terima kasih seluruh rakyat Malaysia yang menonton dan mendoakan kejayaan ini”.

Pelajaran Berharga

Azizul telah menunjukkan kepada kita bukti usaha bersungguh-sungguh.

10 tahun dia bekerja keras. Hari ini menuai hasilnya.

Dalam perjalanan menuju kejayaan, banyak tembok terpaksa diharungi.
Namun dia tetap melangkah ke destinasi.

Orang boleh kata macam-macam.
Orang boleh kecam.

Namun semangat dan usaha yang padu akhirnya membuahkan kejayaan.

Tahniah Azizulhasni Awang. The Pocket Rocketman. Juara Dunia 2017 Track Cycling.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 15

Upvotes: 8

Upvotes percentage: 53.333333%

Downvotes: 7

Downvotes percentage: 46.666667%