,

Ada Apa Dengan Kisah Burung Hud Hud?

kredit gambar: Google

Dalam sebuah hadis ada mengajar kita supaya belajar tawakal daripada sang burung.

Pada waktu pagi, sang burung ini akan keluar dalam keadaan lapar untuk mencari rezekinya dan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut sudah terisi.

Lihatlah, bagaimana gigihnya binatang ini mencari rezeki dan berserah kepada Allah.

Kita pula bagaimana?

Tepuk dada, tanya iman.

Ada apa dengan kisah burung Hud Hud?

Burung Hud Hud ini sinonim dengan kisah Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman mempunyai ramai pengikut termasuklah burung hud hud ini.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengumpulkan rakyat jelatanya.

Tetapi, pada waktu itu burung hud hud tidak muncul dalam perhimpunan tersebut.

Ini mengundang murka Nabi Sulaiman lalu berkata,

“… pasti akan aku hukum ia dengan hukuman yang berat atau aku sembelih ia, kecuali jika ia datang dengan alasan yang jelas.”

Tidak lama kemudian, burung hud hud pun datang dengan membawa satu khabar berita.

“Seorang ratu yang memiliki kerajaan Saba’ tidak beriman kepada Allah. Dia dan kaumnya menyembah matahari.”

Nabi Sulaiman terus menyiasat perkhabaran yang dibawa oleh burung hud hud itu. Ternyata perkhabaran itu benar.

Burung hud hud ternyata sungguh berani kerana sanggup merisik politik negeri Saba’ dan mahu memberikan sinar tauhid kepada seluruh negeri Saba’ supaya menyembah Allah Yang Satu.

Kisah burung hud hud ini ada diceritakan dalam surah al-Naml ayat 20-28.

Semoga kita semua mengambil ibrah dengan kisah burung hud hud ini.

Berani kerana benar dan tawakal hanya kepada Allah.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei yang merupakan seorang guru di SMI Aman Binjai, Kelantan.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 5

Upvotes: 3

Upvotes percentage: 60.000000%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 40.000000%