,

Syurga Untuk Seorang Pendosa

Cukup-cukuplah kita dengan egonya
Ada saja alasan dicipta
Entah apa yang menghalang kita untuk kembali pada Allah.

Saat jasad masih gagah bernyawa
gunakanlah kesempatan ini
untuk taubat daripada dosa dan maksiat.

Betulkan setiap kesalahan
Keluar daripada belenggu kekhilafan.

Pintu taubat itu sentiasa terbuka
Menunggu kita untuk melangkah kaki melaluinya
Namun, kita saja yang sengaja membutakan mata.

Teman…
Sungguh Tuhan terlalu sayang
Allah rindu memanggilmu pulang.

Kau sedang menunggu apa?
Tinggalkan saja soalan yang membelenggu fikiranmu.

“Aku berdosa…”
Kerana kita berdosalah kita harus taubat tinggalkan maksiat.

“Aku tak cukup baik…”
Kita tidak akan pernah sempurna untuk ‘cukup’ baik
‘Cukup’lah kita tak berhenti untuk terus jadi baik.

Aku tak layak ke syurga…”
Maka dengan rela kita mahu ke neraka? Nauzubillah!

Kau silap duhai sahabat
Kita semua layak ke syurga Allah.

Saat kita menafikan dengan pelbagai hujah dan alasan
Allah pula menegaskan yang sebaliknya.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Jadi alasanmu apa lagi?

Syurga itu bukan semata untuk mereka yang tidak pernah salah…

tapi syurga itu juga terbuka luas untuk pendosa yang bertaubat daripada khilafnya.

Kita tinggal pilih saja, mahu ke sana atau tidak.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Izzati Binti Zahariman. Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian di UPSI. Ikuti perkembangan beliau di Facebook Nur Izzati Zahariman.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%