, ,

Suara Di Sebalik Bilik Berkunci Itu

Diari Zunnun, helaian pertama…

Pernah tak kalian dengar, pendosa ingin ke syurga, begitulah jua harapan seorang insan teristimewa yang diberi nama Zunnun. Insan lelaki yang mendapat didikan agama daripada datuk dan neneknya .

“Mak… Ooo mak… di mana mak,” Zunnun sering mengigau di malam hari mencari insan yang melahirkannya.

“Zunnun, cucuku sayang, nenek ada untuk kamu di sini, usahlah nak kamu mengigau mencari insan yang tak pernah mempedulikan kamu sejak kamu menjejakkan kaki ke dunia,” kata Nek Mah seraya memeluk Zunnun.

“Nenek, Zunnun berdosa sangat sebab tak dapat nak bahagiakan ayah ibu sebagaimana kawan- kawan Zunnun yang kat luar sana,” ujar Zunnun sayu.

******

Dalam hati matangnya sering bermonolog, kalau aku dipertemukan ayah ibu akan kubahagiakan dengan kebahagiaan yang tidak pernah mereka bayangkan.

Aku sedih, aku sunyi, walaupun aku kerja sebagai CEO Kalam Hikmah, tidak bermakna bagiku tanpa ayah ibu di sisi.

Ehhh… kau hebatlah Zunnun, jawatan kau bukan calan-calang tau, kau ada rupa, kereta besar, rumah besar, orang-orang ternama semuanya memuji engkau. Aaahhh… persetankan soal ayah ibu yang tidak pernah langsung menghiraukan kau tu.

Hati Zunnun berperang sesama sendiri. Dia jadi buntu. Dia jadi keliru.

Namun, tiba-tiba matanya tertatap satu kalimah agung itu, Allah Maha Satu. Terbuntang matanya bagai terpukau lantas kalam suci terlahir di mulut mugilnya.

“Astaghfirullahaladzim… Astaghfirullahaladzim…” seraya meraup mukanya terus menuju ke bilik air untuk berwudhu’.

“Hahaha… Zunnun, kau ingat kau boleh lepas daripada aku? Tidak semudah begitu. Kau telah munculkan aku dalam bayanganmu, aku ini adalah masa silammu, haha… masa silammu yang kau pernah cuba untuk hindari…”

“Sayangnya, kau masih lagi tidak menerima hakikat. Zunnun, jangan risau, aku selalu ada untukmu!!!” Satu suara bergema memecah banglo yang sunyi diiringi hilaian serta tangisan seorang wanita.

Khusyuknya Zunnun bagaikan hanya ada dia dengan Tuhannya. Betullah dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Seusai solat, dia berdoa bermohon kepada Tuhan, agar dipermudahkan segala urusannya.

Tok!!! Tok!!!

Pintu biliknya diketuk seseorang. Nek Mah rasa hairan dengan tingkah laku cucunya itu dan bertanya, “Bilik tu kan, kenapa Zunnun kunci ye? Pelik betul nenek tengok kamu sejak akhir-akhir ini,” soal Nek Mah minta kepastian sambil mencekak pinggang di hadapan cucu kesayangannya itu.

Dari atas katil, selepas mengucup Al-Quran dan meletakkan kopiah di posisinya, perlahan-lahan Zunnun menapak ke arah neneknya dan mencuit pinggang orang tua itu.

“Nek, ada hantu la dalam bilik tu… hari-hari kacau Zunnun, Zunnun kunci dia dalam tu… ngeeeeee.”

Seloroh Zunnun dengan gaya orang bercerita seram.

******

Ya Allah, tak sanggup lagi untuk aku menyembunyikan rahsia ini. Walau apa terjadi, aku mesti ceritakan kepada nenek.

Serius betul nekad Zunnun kali ini, rahsia suara di bilik berkunci harus diselesaikan segera.

Bagaikan terpancar di skrin matanya, peristiwa itu diulang siar, dengan mata yang tertutup dia membiarkan memori itu.

“Saya tak kisah siapa pun awak Zunnun, yang penting awaklah cinta terakhir saya. Walaupun saya tidak suci lagi, asalkan awak sanggup menerima saya seadanya,” lirih suara itu meminta simpati.

“Tidak semudah itu Maya, kau fikir kau wanita terakhir, seingat aku kenali engkau, wanita berjubah serta bertudung litup , sangat ayu serta menjaga tatasusilanya, rupanya dirimu telah ditebuk tupai!”

Kemarahan  Zunnun sampai kemuncak, suaranya pada malam pertama mereka bagaikan halilintar membelah bumi, tidak seindah seperti digambarkan.

Tanpa disedari, Maya yang serabai penampilannya, terus mengambil sebilah pisau lantas dihala ke Zunnun.

“Zunnun, matikan sahaja adinda ini, tak sanggup lagi hidup andai suami sendiri membenci. Tetapi ingatkah Zunnun akan satu kata-kata ini, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang baik maka pasangan mereka baik-baik manakala lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang kurang baik maka pasangan mereka adalah sama.”

“Tetapi seandainya anda mendapat sebaliknya, bertabahlah dalam mengharungi ujian hidup itu, mungkin ada hikmah di sebaliknya,” panjang lebar tazkirah daripada Maya yang juga lepasan graduan universiti di Jordan.

“Awak, jangan buat pelik-pelik tau. Letakkan pisau tu, itu bukan mainan sayang.” Seriau Zunnun apabila melihat keadaan isterinya yang bagaikan dirasuk.

Zunnun beristighfar sambil bermunajat pada Ilahi dipermudahkan urusannya untuk memujuk isteri kesayangannya itu.

”Awak, kerana Dia kita bertemu,kerana Dia saya berubah, kerana Dia kita bernikah juga kerana Dia kita jadi begini. Maya, bersabarlah.”

Maya tidak dapat mengawal perasaannya lagi, maka berlakulah pergelutan di antara mereka.

******

Mengalir air mata jantannya, dalam hatinya sentiasa memohon ampun kepada Ilahi, agar diterima taubat hamba yang lemah ini.

Zunnun, anda disabitkan kesalahan mandatori hukuman gantung sampai mati kerana membunuh dengan sengaja saudari Maya Arissa Al-Bukhari pada tarikh 16 Disember 2012, jam 9:00 malam bertempat di sebuah Villa Dehearty.

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telahku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih akanku pahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahagia bersamamu

Helaian terakhir diari milik Zunnun Fathi Al-Muslim.

Kerana Dia hamba pasrah,
Kerana Dia hamba berubah,
Kerana Dia hamba memilih jalan ini
walau ada mehnah.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Nazirah Norman. Berasal dari Kubang Kerian, Kelantan. Bekerja sebagai Pembantu Tadbir N19.

Ia merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam 1.0 (PPii1) – klik di sini untuk menyertai PPii1.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%