,

Rezeki Tidak Pernah Tertukar

Kita sering dimomokkan dengan cerita-cerita atau khabar angin yang kurang sedap untuk didengari.

Contohnya?

Masalah pengangguran.

Tiada peluang pekerjaan!” Kata mereka di luar sana.

Lagi.

Belajar macam mana pun, kerja sekarang susah nak dapat.” 

Dan lagi.

“Graduan dah terlalu ramai dan peluang untuk dapat kerja tipis jer rasanya.”

Tidak cukup dengan itu.

Kemudian bagi mereka yang sudah mendapat interview kerja.

Orang yang dapat interview kerja ini ramai, jangan terlalu berharap sebab chance hendak lulus interview pun kecil jer ni.”

Sudah.

Putus semangat orang yang hendak pergi interview.

Masalah bagi mereka yang sudah bekerja dan mempunyai gaji pula macam mana?

Mereka masih sahaja risau memikirkan sekiranya kewangan tidak mencukupi.

“Macam mana dengan nafkah keluarga?”

Pasti setiap daripada kita risau memikirkan masa hadapan masing-masing.

Diri sendiri.

Keluarga.

Anak-anak.

“Aku tinggalkan keluargaku kepada Allah.”

Kata-kata Abu Bakar saat beliau menafkahkan semua hartanya di jalan Allah.

Tiada kerisauan.

Tiada kebimbangan.

Kenapa? Kerana keyakinan beliau yang tinggi kepada Allah.

Kita? Sejauh mana kita yakin dengan kata-kata Abu Bakar itu.

Tanya diri kita sendiri.

Kebanyakan kita risau kerana apa?

Kerana kita fikir bahawa kitalah yang memberi makan kepada keluarga kita. Namun, kita lupa bahawa kita hanya pengantara dan Allah Pemberi Rezeki.

Kita fikir kita hebat dalam pelajaran kerana kita rajin belajar. Namun kita lupa bahawa segala ilmu datangnya daripada Allah.

Kita fikir kita berjaya dapat kerja kerana majikan yang pilih kita sedangkan Allah yang memilih kita melalui majikan. Majikan hanya sebagai pengantara.

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita dengan izin Allah.

Dengan izin Allah.

Dengan izin Allah.

Dengan izin Allah.

Hati kita yang dalam kerisauan akan menjadi tenang bila kita yakin segalanya Allah yang kawal. Allah tidak pernah zalim. Oleh itu, mintalah apa sahaja kepadaNya.

Ingin berjaya dalam pelajaran? Minta dengan Allah.

Ingin pekerjaan? Minta dengan Allah.

Ingin kaya? Minta dengan Allah.

Ingin dunia? Minta kepada Allah

Ingin akhirat? Minta kepada Allah.

Memang bagi akal fikiran kita yang terhad, ada perkara yang memang mustahil bagi kita untuk berlaku.

Mustahil.

Namun bagi Allah, tiada perkara yang mustahil.

Segalanya mungkin.

Segalanya boleh terjadi.

Tanpa alasan.

Tanpa sebab.

Bila mana logik akal manusia tidak dapat mencapainya, di situlah bermulanya kuasa Allah.

Kun fayakun!

Keajaiban.

Seorang pemuda bertanya kepada ustaz, “Ustaz kenapa hidup ustaz nampak sentiasa tenang dan tiada masalah dalam mencari nafkah sedangkan nafkah saya selalu tidak mencukupi untuk keluarga?”

Jawab ustaz, “Kamu hanya perlu minta sahaja kepada Allah apa yang kamu inginkan, Allah pasti akan berikan apa yang kamu minta!”

“Tapi bagaimana caranya supaya saya dapat memohon nafkah yang cukup kepada Allah?”

“Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendak. Di tangan Engkaulah segala kebaikan.”

“Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup, dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa batas.” (3:26-27)

“Bacalah ayat ini dan perbanyakkanlah memohon kepada Allah rezeki yang halal. Yakinlah bahawa Allah akan sentiasa menjamin kehidupanmu dan keluargamu,” ustaz memberi pesan kepada pemuda tersebut.

Allah adalah penjamin kehidupan kita.

Justeru, jangan pernah merasa risau dan bimbang akan perihal rezeki kerana ia adalah urusan mutlak Allah.

Setiap urusan rezeki kita telah Allah tetapkan untuk kita sejak di luh mahfuz.

Rezeki tidak akan pernah tertukar.

Rezeki tidak pernah tersalah alamat.

Pengangguran?

Masalah Kerja?

Masalah kewangan?

Jika kita ada masalah, kenapa sibuk membuang masa untuk risau dengan masalah tersebut?

Kenapa tidak luangkan masa untuk berdoa kepada Allah untuk setiap jalan keluar?

Minta kepada Allah.

Minta.

Minta.

Dan terus meminta.

Allah pasti akan tolong.

Pasti!

Kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dia takkan biarkan kita selagi kita berharap kepadaNya.

Mana ada orang yang kecewa kerana berharap kepada Allah.

Tiada.

Yang ada hanyalah mereka yang kecewa kerana berharap kepada manusia.

Berharap kepada usaha sendiri.

Berharap kepada majikan.

Berharap kepada kerja.

Berharap kepada duit.

Memang kita akan kecewa.

Berharap kepada selain Allah, kita pasti akan kecewa.

Kenapa?

Kerana Allah ingin mengajar kita supaya berharap hanya padaNya.

Jika Allah mentakdirkan rezeki itu adalah milik kita maka rezeki itu akan tetap datang kepada kita walaupun beribu manusia menghalang.

Peganglah kuat-kuat “Tiada yang dapat menghalang jika Allah ingin memberi. Dan tiada yang dapat memberi jika Allah menghalang.”

Kita akan tenang.

Persoalan lambat atau cepat, mudah atau sulit bergantung kepada sejauh mana kesungguhan kita meminta kepadaNya.

“Apa yang kita mahu (kehendak kita) belum tentu yang terbaik untuk kita tetapi apa yang kita dapat (kehendak Allah) pasti terbaik untuk kita kerana semuanya dari Allah.

Yakin.

Doa.

Sabar.

Syukur.

Yakinlah, semuanya akan tepat pada saatnya.

Senyum dan Yakin. Don’t lose hope!

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM. Layari FB page Skirt Labuh untuk melihat koleksi handbag mampu milik, jam tangan, tudung dan baju.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%