,

Redha Dengan Ujian, InsyaAllah Allah Cuci Dosa Kita

“Betapa ajaibnya urusan orang yang beriman itu, sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi orang mukmin. Jika memperolehi kegembiraan dia berterima kasih dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menunjukkan pentingnya kita redha dengan ujian yang menimpa pada kita. Kita janganlah memberontak dan mengalah tatkala badai ujian menyimbah kehidupan kita yang fana ini.

Allah sayangkan kita. Dengan ujian, hadirnya perasaan bergantung harap padaNya. Dengan ujian, ianya dapat melatih hati sanubari kita agar redha dengan keperitan hidup yang menusuk jiwa raga.

Hayatilah hadith di bawah ini yang menggambarkan keindahan sifat ridha:

“Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang sesiapa redha menerima ujian itu, Allah redha pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah, maka Allah murka kepadanya.” (Hadith riwayat at Tarmizi)

Ada yang tak redha apabila isterinya tidak pandai masak. Ada yang tidak redha apabila suaminya itu tidak mewah kehidupannya.

Ada yang tidak redha melepaskan anaknya mencari rezekinya di bandar. Ada yang tidak redha dengan ujian yang menimpa. Ini semua penyakit hati yang perlu dibersihkan.

Penawar penyakit ini adalah kembali pada Allah. Kita jaga solat, Allah jaga kita. Rendahkanlah suara penuh sendu tatkala menongkat tangan ke langit (berdoa).

Berzikirlah siang dan malam. Berjagalah malam menghadap wajah ke arah kiblat. Hayatilah al-Quran dari segi makna dan tafsirannya.

Alunan al-Quran menjadi penawar mujarab duka lara. Hiasilah diri dengan sifat terpuji seperti sedekah, sopan, pemalu, berlumba lumba mengejar kebaikan dan rendah diri.

Cucilah jiwa ini dengan majlis ilmu. Barangsiapa yang menempah jalan menuntut ilmu yang benar, insyaAllah syurga ganjarannya.

Ujian ini pencuci dosa. Jangalah putus asa wahai insan. Sesungguhnya redha itu ajaib. Tawakal itu ajaib.

“Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam samada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah menghapuskan sebahagian daripada dosanya.” (Hadis daripada Abu Said Al- Khudri dan Abu Hurairah)

Jangan memberontak dan marah tatkala ujian yang menimpamu. Redhalah dengan ujianmu. Redhalah dengan keperitan jiwamu. Semoga ujian ini menjadi pengasah jiwamu.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? …..” (Surah Al-Ankabut: 2-3)

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhd Ridhuan bin Sulaiman. Berasal dari Shah Alam, Selangor. Kini, berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Malaysia.

Adik kepada penulis ada menyediakan perkhidmatan “Private Martial Art Lesson” di Seksyen 19, Shah Alam. Sila hubungi adik penulis, Muhammad Ikram di talian 017-603 9997 untuk sebarang pertanyaan. Layari https://www.instagram.com/ikramtyson/

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Total votes: 5

Upvotes: 5

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%