, ,

Pejuang Subuh Yang Berjaya

Solat adalah salah satu cara kita berbicara dengan Allah. Dan sujud merupakan saat paling hampir kita dengan-Nya.

Solat juga adalah bukti rasa bertuhan dan pengharapan kita sebagai hamba-Nya.

Yakin dengan kekuasaan-Nya dan bersyukur atas semua nikmat-Nya yang begitu banyak. Dan itulah tanggungjawab hakiki kita diciptakan; untuk beribadah kepada Allah selain menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Subuh adalah solat yang wajib yang dilakukan dalam tempoh sewaktu fajar menyinsing sehingga terbitnya matahari sebanyak 2 rakaat.

Solat ini adalah sangat berat bagi orang munafik. Mereka akan berasa malas untuk menunaikannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ketika seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga simpulan di kepalanya. Untuk setiap simpulan ia menyatakan, ‘tidurlah engkau sepanjang malam’. Ketika dia terbangun lalu menyebut nama Allah SWT, maka lepaslah satu simpulan. Jika dia berwuduk, lepas lagi satu simpulan dan jika dia solat terbukalah semua simpulan. Ketika bangun waktu pagi, dia berasa penuh bersemangat dengan badan yang sugar-bugar. Jika tidak, dia akan bangun waktu pagi dengan perasaan serba tidak selesa dan malas.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kelebihan solat subuh ini adalah keberkatannya (terutama jika memulakan hari dengan mencari rezeki), kita akan lebih bersemangat dan perjalanan kita mencari rezeki akan dirahmati selain dapat menyelamatkan kita daripada azab api neraka.

Cara untuk mudah bangkit solat Subuh

  • Jauhi dosa. Cuba menjauhi perkara-perkara yang Allah larang.
  • Zikir sebelum tidur.
  • Lazimi istighfar. Selalulah amalkan. Rasulullah SAW walaupun maksum namun tetap tidak pernah meninggal istighfar.
  • Pegang niat sungguh-sungguh nak bangun Subuh sebelum tidur.
  • Tidurlah dalam keadaan berwuduk.
  • Lakukan solat sunat witir sebelum tidur.
  • Akhir sekali gunakan alat bantu bangun, seperti jam loceng, orang dan sebagainya untuk membantu kita bangun.

Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah binti Ruwaibah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya, iaitu sembahyang Subuh dan sembahyang Asar.” (Hadis Riwayat Muslim)

Isilah hati dengan perkara-perkara baik. Ikhlaskan semua ibadah kita.

Semoga Tuhan teguhkan iman, ampuni dosa-dosa-dosa kita dan kita mampu menjadi pejuang subuh yang berjaya! Insya-Allah.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee. Pernah terlibat dengan beberapa buah antologi cerpen & puisi. Buku terkini beliau ialah Bianglala Melukis Syurga (antologi puisi kemerdekaan bersama dengan rakan-rakan penulis). Beliau juga aktif menulis di blog beliau: https://arnamee.blogspot.my

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Total votes: 13

Upvotes: 9

Upvotes percentage: 69.230769%

Downvotes: 4

Downvotes percentage: 30.769231%