,

Oh My Melbourne! (bahagian 1)

Berimpikan ke sana bagi kami diibaratkan ingin memetik bintang-bintang di langit.

Masih segar lagi diingatan perbincangan kali pertama kami yang beria-ria nak ke Vietnam disebabkan kos rendah dan lebih murah jika hendak dibandingkan dengan kos untuk ke negara maju lebih ke hadapan, Melbourne.

Inilah negara pilihan pensyarah pengiring kami Dr Ahmad Najaa’ bin Mokhtar. Kata beliau, negara ini lebih maju dan suasananya lain daripada negara lain.

Nak dipendekkan cerita, akhirnya kami sudah mendapat jawapan bahawa Melbourne negara yang akan kami pergi walaupun sentiasa diselubungi rasa takut dan agak risau dengan kewangan kami semua.

Maka bermulah segala-galanya tentang kami Team Giso Melbourne 2016.

Sebenarnya lawatan antarabangsa ini merupakan kewajipan bagi mahasiswa USIM sebelum tamat belajar.

Global Islamic Students Outreach (GISO) banyak mengajar kami semua erti kesabaran, ketabahan, semangat kekawanan, dan pelbagai pengalaman yang tidak dapat ditulis di atas lembaran ini.

Bermulanya episod kami sekelas menyusun atur segala program contohnya talk, Kem Bestari Solat (KBS), Kelas Smart Caliph (KSC), jualan dan paling kemuncak sekali seminggu penuh bertugas sebagai cleaner di kawasan Kolej Desa Jati berdekatan dengan USIM.

Sebagai tahun pertama di USIM, menjadi agak kekok dalam menguruskan program seperti kertas kerja, berhubung dengan penceramah, dan sebagainya.

Program pertama kami, Talk bersama Hafizul Faiz (UIA) iaitu penulis buku, DJ radio UIA, dan bekerja di syarikat consultant Ibrah Pradigm pengasasnya adalah Ustaz Shaa’ri. Panel gandingan bersama adalah Syamil Hafizi, iaitu pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM.

Program ini agak menyedihkan hati-hati kami kerana kurang mendapat sambutan dek kerana ramai yang ada kelas pada masa dan hari tersebut.

Selepas itu, kami teruskan perbincangan dan meminta pandangan pensyarah pengiring tentang idea-idea untuk menjana kewangan dan perbelanjaan ke sana.

Akhirnya, semua bersetuju mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) secara berkala. Alhamdulillah, dipendekkan cerita, KBS dapat diadakan sebanyak 4 kali daripada KBS 1.0 hingga KBS 4.0.

Untung rugi dirasakan bersama. Itulah adat dalam menjana kewangan, sama seperti berbisnes pasti ada jatuh dan bangun dalam masa-masa tertentu.

Dalam masa yang sama, aktiviti jualan makanan dan minuman di talk atau program ilmiah di USIM seperti menjual kentang goreng, sosej, nugget, koktel, dan sebagainya.

Ada juga seiring menjual sandwich dan roti sosej bilik ke bilik, kolej ke kolej. Pengalaman naik turun tangga, layanan orang hanya Allah sahaja yang tahu.

Awal tahun tiga, semester 5, ada cadangan daripada sahabat kita wujudkan kelas mengaji yang dinamakan Kelas Smart Caliph (KSC). Pada permulaan kurang mendapat persetujuan semua, berbincang dari semasa ke semasa.

Alhamdulillah semua gigih uruskan kelas ini untuk menjana kewangan. Tetapi, misi utama lebih kepada nak terjun ke medan masyarakat dan menolong individu-individu yang masih kabur tentang Al-Quran Kalamullah.

Alhamdulillah, sampai saat ini, kami tahun empat masih lagi menguruskan KSC. Seronok sebenarnya dapat turun ke masyarakat, mereka akan rasa terharu dan sentiasa menghargai usaha tambahan lagi anak muda bersama mereka membina generasi Al-Quran.

Seterusnya cerita kemuncak, sangat teruja nak berkongsi pengalaman kami semua bertugas sebagai cleaner di Kolej Desa Jati, yang kawasannya agak luas. Memakan masa seminggu nak bersihkan dari sudut bangunan, longkang, rimbunan pokok, semak-samun dan sebagainya.

Rupanya bila bekerja, baru kami mengetahui antara satu sama lain, muslimat yang selalu dikatakan lemah, automatik jadi gagah. Masuk longkang, tebas pokok, racun pokok dan seumpamanya.

Team kami sebenanya lebih ramai perempuan, lelaki hanyalah 5 orang.

Pendek cerita, kami amat berterima kasih pihak Kolej Desa Jati iaitu Kak Yati, suaminya Abang Hanafi dan pihak pengurusan yang banyak membantu lestarikan impian kami semua nak ke sana, sehingga mengadakan kenduri kesyukuran kami ke sana.

Memang superb kami rasa, bina ukhwah baru antara pelajar dengan penduduk sekitar Kolej Desa Jati.

Banyak lagi sebenarnya cerita penuh onak dan duri, adakan program dan sebagainya yang berkaitan, tetapi tidak dapat nak ditulis semuanya di atas lembaran ini, hanya yang merasai tahu akan perasaan dan pengalaman itu.

Jom kita masuk pula cerita sepanjang di Melbourne bumi Kangaroo.

Pada tanggal 26 Ogos 2016 bermulalah cerita kami Team Giso Melbourne 2016, mencorak kenangan dan pengalaman di bumi Kangaroo.

Perjalanan dimulakan dengan menaiki bas USIM ke KLIA2 sekitar jam 6.00 pagi. Semuanya agak teruja nak ke Melbourne. Sampai di airport, masing-masing tolong bawak barang-barang dan uruskan segalanya sebelum nak berlepas (fly).

Sempat snap beberapa gambar kenangan sebelum berlepas, menunjukkan betapa terujanya kami orang Malaysia nak ke negara orang putih, negara kangaroo kot.

Pada jam 10.00 pagi, berlepas ke Melbourne dan macam-macam cerita dalam flight. Ada yang mabuk flight, lapar, selfie, sembang dan macam-macam lagi.

Akhirnya tiba di airport Melbourne sekitar jam 6 petang waktu Malaysia. Waktu Melbourne hanya 2 jam cepat daripada Malaysia. Sampai sahaja di airport, uruskan segala yang berkaitan dan menuju ke luar airport menunggu pengurus penginapan kami datang.

Keluar saja daripada airport, angin sejuk Melbourne terus menusuk sampai bergetar-getar menggigil kesejukan.

Subhanallah, perasaan teruja tidak dapat nak digambarkan.

Betapa sejuknya Melbourne sampai kejang kaki nak berjalan.

Sempat juga bergambar di mercu nama Melbourne bertentangan airport. Dalam perjalanan ke penginapan kami di Victoria Village iaitu An-Naim Homestay, sempat bersembang dengan pemandu yang sambung pengajian Masternya di university berdekatan penginapan kami.

Ceritanya berkenaan kehidupan di Melbourne, betapa bersyukurnya dia yang dapat kelilingi bumi Allah nikmati indahnya ciptaanNya.

Ramai katanya orang Malaysia menetap dan bekerja di sana. Penginapan untuk kami 22 orang, satu homestay menetapkan 10 orang pelajar perempuan, dan 2 cabin untuk yang lain.

Sampai di sana, mendengar taujihat daripada pensyarah pengiring kami sambil menikmati maggi masakan daripada pelajar perempuan.

Pada keesokkan hari, 27 Ogos 2016, kami geng cabin ikut Dr Najaa’ mencari Myki Kad untuk mudah menaiki pengangkutan awam berbayar seperti bas, tram dan sebagainya.

Kecewanya, di 7e tersebut mesin Myki Kad rosak, dan kami teruskan perjalanan ke Springville Station menaiki kereta Encik Edi pengurus penginapan yang sudi menumpangkan kami ke sana.

Sampai di sana, berurusan pula membeli Myki Kad dan menaiki keretapi ke Queen Victoria Market (QVM) untuk membeli-belah sambil menunggu tengah hari kerana program kami bersama EHSAN dan juga wakil pelajar Malaysia yang belajar di University of Melbourne.

Sampai di Queen Victoria Market (QVM), ramai yang membeli barang kenang-kenangan kerana harganya sangat berpatutan seperti Tshirt boleh dapat harga semurah 4$ (dolar Australia).

Tepat jam 1.00 tengah hari bergerak mencari University of Melbourne. Seusai solat zohor di sana, meneruskan aktiviti sharing moment bersama mereka.

Perkongsian lebih menjurus ke arah kehidupan Islam di sana.

Agak mencabar bagi mereka menghadapi penerimaan Islam daripada extremist yang susah untuk berfikiran open minded tentang semua agama.

Berbicara mengenai masalah-masalah Aqidah umat yang semakin tenat, perkongsian ini lebih berkaitan dengan kos kami pengajian Akidah dan Agama yang lebih menekankan tentang Aqidah, tasawuf dan sebagainya.

Sebelum balik kami semua menikmati jamuan pizza sedap daripada pihak program dan sambil bertaaruf serta bergambar sebagai kenangan.

Pesanan mereka, datanglah lagi ke Melbourne sebab suasananya sangat lain dan mengajar kita semua berdikari menghadapi kehidupan.

Selepas itu, pada jam 5.00 petang berjalan kaki ke Flinders Station, terjadinya drama dan peristiwa yang masih segar di ingatan.

Jalan-jalan pula ke South Yarra River yang ramainya manusia di situ menikmati pemandangan malam di situ. Terdapat banyak kedai-kedai makan, pelukis dan penyanyi jalanan yang sangat kreatif dan bijak dalam mencari pendapatan seharian.

Kembali pula ke Flinders Station melihat suasana pihak yang membantu homeless dengan menyediakan juadah makanan dan pakaian sejuk bagi mereka.

Selepas tamat, menuju pulang ke penginapan pada sekitar 9.00 malam.

 

> bersambung Oh My Melbourne! (bahagian 2-akhir) < 

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Siti Sarah binti Shamsuddin. Berasal dari Sungai Petani, Kedah. Seorang mahasiswi (praktikal) di USIM. Artikel ini merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai sayembara penulisan iluvislam.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%