,

Nota Al-Quds: Suatu Pendekatan Buat Mahasiswa

Hairan aku melihat ramai mahasiswa kini yang lebih sibuk mensia-siakan masanya.

Rugi jika kita buang masa 24 jam dengan permainan video, media sosial tanpa membaca sebarang maklumat dan mengambil tahu isu di luar negara dan isu umat Islam yang melanda kini.

Isu Al-Quds, Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak. Isu bermusim dan masih kurang cakna serta tidak memandang enteng terhadapnya.

Pernahkah kalian terdengar syubhat yang dilemparkan oleh pihak musuh berkaitan Masjidil-Aqsa Al-Mubarak?

Mereka mendakwa bahawa pertelingkahan yang membawa masa terlalu lama ini sebenarnya mudah sahaja diselesaikan.

Mengapa tidak dijadikan sahaja tanah Palestin itu tanah neutral? ( لا الفلسطيني لا الإسرئليلي)

Erti kata lain tidak dimiliki orang Palestin juga tidak dimiliki orang Israel?

Ini adalah satu fahaman yang tidak mendalam. Satu fahaman orang yang tidak membaca sejarah.

Mereka mendakwa sepertimana Aya Sofya di Istanbul Turki sekarang ini, asalnya masjid, menjadi gereja Aya Sofya hampir 100 tahun dan sewaktu pemerintahan Mustafa Kamal Atarturk dijadikan Muzium.

Wahai kalian, isu ini adalah isu akidah umat Islam paling besar. Jawablah semula syubhat ini dengan ayat Al-Quran dan Hadith yang menerangkan berkaitan Masjidil-Aqsa Al-Mubarak.

Kedudukan Aya Sofya dan Masjidil-Aqsa Al-Mubarak ini tidak akan pernah sama.

Lihatlah perjanjian Nabi Sulaiman Alaihissalam bersama masyarakat nasrani suatu ketika dahulu. Miliknya adalah untuk umat Islam seluruhnya.

Regim zionis yahudi yang hanya satu bangsa telah mencabul hak ini. Jujurnya ini telah melanggar hak asasi manusia yang mereka agungkan itu.

Senjata makan tuan? Rasanya tidak akan pernah muncul istilah ini pada pandangan mereka.

Tahukah kita? Realiti penjajah itu memang durjana agendanya. Mengapa?

Cuba kalian perhatikan sewaktu pemerintahan Daulah Uthmaniyyah. Masihkah kita ingat ‘Journal of Legal Judgement’ atau ( مجلة الأحكام العدلية) yang dijadikan dustur atau perlembagaan muamalat umat Islam?

Hadir sahaja penjajah, dikepungya kita, dibodohkan masyarakatnya, ditinggalkan dengan impak negatif kepada pembinaan sebuah tamadun dan paling besar adalah menghapuskan ‘Journal of Legal Judgement’ atau ( مجلة الأحكام العدلية) ini.

Kita tidak nafikan, dustur ini ataupun undang-undang fokusnya hanya berkaitan mazhab Imam Abu Hanifah.

Oleh sebab jatuhnya sesebuah Daulah Uthmaniyyah, maka undang-undang ini terhapus. Kita meninggalkan undang-undang ini.

Sheikh Mustafa Az-Zarqa’ antara Ulama’ Syam yang pernah belajar di Universiti Dimashq. Beliau antara tokoh ilmuwan zaman kini yang menulis semula undang-undang ini hampir sama sewaktu Zaman Khilafah Uthmaniyyah.

Segala puji bagi Allah yang mengutuskan ulama’ ummah ini. Moga kita dapat mengambil manfaat daripada buku-bukunya.

Begitulah kejam, juga zalimnya penjajah. Dipisahkan negara umat Islam itu antara satu sama lain. Terlalu banyak projek yang terhenti.

Antaranya Landasan Keretapi Uthmaniyyah yang ingin menyambungkan stesen bermula daripada Turki hingga Hijaz.

Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah juga disebabkan kelemahan kesatuan ulama’ ummah kita, kelalaian umat Islam dan sifat kekitaan yang membarah.

Adakah kita ingin peristiwa ini berulang? Adakah masa ini kita masih sibuk melayan isu perbezaan pandangan juga aliran dengan masyarakat? Rugi!

Seperkara lagi yang perlu diingatkan untuk pemimpin negara Islam terkemuka, yang mempunyai pengaruh terbesar setakat ini. Baik Jordan, Lubnan, Turki, Tunisia, Malaysia dan lainnya.

Hati-hati dengan kata-kata kalian untuk dunia. Jauhi sebarang plot Amerika dan sekutunya yang penuh konspirasi dan tipu daya.

Ayuh! Kita tiada masa lagi dengan semua ini. Ummat akhir zaman perlu diseru ke arah kesatuan.

Jadikan Islam sebagai penyelesaian jika kita ingin menari dalam rentak bernama perubahan. Kita mambu mengubahnya.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Ammar Yaser Bin Ahmad Nazri. Berasal dari Cheras, Selangor. Merupakan pelajar tahun 3 University of Jordan, Amman dalam bidang Syariah Pengkhususan Feqh & Usul Feqh. Ikuti penulisan beliau melalui blog www.wacanadakwah.blogspot.com, Facebook Wacana Dakwah  dan channel Telegram Wacana Dakwah.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Total votes: 5

Upvotes: 5

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%