,

Nilai Seekor Burung Ciptaan Allah

Melihat ke langit ternampak sekumpulan burung yang terbang dengan riang rianya. Bebas membelah udara.

Ke sana-sini riuh berkicau.

Saiz mereka pelbagai.

Ada yang kecil dan ada yang besar.

Meliuk lentuk ditiup angin.

Bagaimana mereka mampu terbang dan tidak jatuh ke bumi?

Adakah kerana sayap yang ada pada mereka?

Bagaimana pula burung kecil mampu berharap pada sayapnya yang lemah untuk membawa dia ke udara?

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.”[67:19]

Seekor burung tawakalnya sangat tinggi kepada Allah.

Bukan kerana sayap yang mampu membuatnya terbang dan bertahan di udara tetapi Allah.

Walau dia seekor burung kecil.

Walaupun sayapnya kecil dan lemah.

Dia yakin Allah yang akan menahannya untuk tidak jatuh menyembah bumi.

Dia yakin Allah akan menjaganya ketika dia terbang membelah awan.

Dia serahkan hidup dan matinya di tangan Penciptanya, Allah.

Begitu hebat keyakinan dia kepada Allah.

Semoga kita, manusia menjadi lebih baik daripada burung dalam meletakkan tawakal kita kepada Allah dalam setiap urusan hidup kita.

“Segala yang terjadi dengan izin Allah.”

Sangka baik dan bertawakal kepada Allah seperti mana burung yang terbang bebas di udara.

Kerana kita tidak akan pernah tahu kesudahan hidup kita.

Berusaha, lakukan yang terbaik dan serahkan kepada Dia Yang Maha Kuasa.

Pernah dengar kisah Nabi Sulaiman dan burung Hud-hud?

Ketika mana Nabi Sulaiman membuat satu perhimpunan tetapi Baginda tidak melihat keberadaan burung Hud-Hud.

Lalu di manakah Hud-hud ketika itu?

Adakah sakit? Atau ponteng?

Maka tidak lama kemudian (datanglah Hud-hud), lalu ia berkata “Aku telah mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba’ membawa suatu berita yang meyakinkan.”[27:22]

Berita apa?

Berita tentang Ratu Balqis dan kaumnya yang menyembah matahari dan bukan Allah. Mereka telah terpedaya dengan syaitan yang menjadikan perbuatan buruk mereka terlihat indah sehingga mereka tidak mendapat petunjuk daripada Allah.

Mereka menganggap matahari itu adalah Tuhan.

Ini adalah perkara yang serius!

Maka Nabi Sulaiman mengutuskan Hud-hud untuk membawa surat kepada Ratu Balqis dan kaumnya supaya beriman kepada Allah yang akhirnya membawa kepada keislaman Ratu Balqis.

“Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.” [27:44]

Ratu Balqis telah memeluk Islam maka seluruh kaumnya juga turut memeluk agama Islam.

Bertukar daripada menyembah matahari kepada menyembah Allah.

Suatu perkara yang sangat luar biasa hebat apabila ramai manusia yang kembali kepada fitrah Islam.

Besarnya jasa burung Hud-hud yang berjaya membawa berita besar kepada Nabi Sulaiman.

Hebatnya Hud-hud yang menjadi penolong untuk agama Allah dengan menghantar surat kepada Ratu Balqis.

Proaktifnya Hud-hud mengetahui berita yang belum diketahui oleh sesiapa pun ketika itu termasuk Nabi Sulaiman.

Bertuahnya Hud-hud kerana dapat bersama Nabi Sulaiman membawa manusia mengenal Tuhan.

Adakah kita mampu untuk menjadi sehebat Hud-hud?

Dia hanyalah seekor burung tetapi begitu banyak jasanya kepada Islam.

Kita manusia yang diberi akal oleh Allah pasti boleh menjadi sehebat Hud-hud.

Kita mempunyai Nabi Muhammad sebagai contoh teladan kita.

“Aku tinggalkan dua perkara iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunah Rasulullah. Kamu tidak akan sesat selamanya jika berpegang pada keduanya.”

Dan kita mempunyai kemampuan untuk membantu agama Allah.

Start with ourselves first.

Family.

Friends.

Society.

Nation.

Tegakkan Islam dalam diri kamu, maka Islam akan tertegak di atas muka bumi.

Allah melihat kepada usaha kita bukan hasilnya.

Do the best and Allah will do the rest!

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana Muda Farmasi, UKM.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%