,

Menjadi Lebih Baik Daripada Sebelumnya

Usaha menjadi baik adalah satu usaha panjang. Seumur hidup.

Jika bertambah orang yang baik dan berakhlak mulia, seisi alam juga dapat berjalan dengan baik.

Namun bagaimana untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik?

Cara untuk menjadi lebih baik

  • Kenal kelemahan dan kelebihan diri.
  • Sentiasa rajin mencari pelbagai ilmu (luaskan pengetahuan).
  • Amalkan ilmu yang telah dipelajari.
  • Tingkatkan rasa yakin diri.
  • Sentiasa cuba untuk istiqamah.
  • Cuba melawan hawa nafsu.
  • Berkawan dan mempunyai persekitaran yang baik.

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;

dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.” (Surah Al-Kahfi: ayat 28)

  • Sibukkan diri dengan perkara-perkara kebaikan.
  • Selalu bersyukur.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Nahl: ayat 18)

  • Jadikan orang baik sebagai mentor/guru kita.
  • Baca, menonton dan dengar perkara yang baik-baik.
  • Tolak orang jahat (jangan jadikan mereka sanjungan atau rujukan).
  • Berdoalah selalu. Mohon hidayah daripada Allah.

“Ya Allah, permudahkanlah aku berzikir kepada-Mu, permudahkanlah agar aku mensyukuri nikmat-Mu dan permudahkanlah aku untuk memperbaiki amalanku.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Kita semua diciptakan bukan saja-saja. Ada tanggungjawab dan kekuatan masing-masing.

Berazamlah bersungguh-sungguh untuk tidak berhenti hanya setakat hari ini.

Bersabarlah dalam proses menggapai reda-Nya. Mari terus melangkah menjadi lebih baik dan bersama-sama menuju syurga!

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee. Pernah terlibat dengan beberapa buah antologi cerpen & puisi. Buku terkini beliau ialah Bianglala Melukis Syurga (antologi puisi kemerdekaan bersama dengan rakan-rakan penulis). Beliau juga aktif menulis di blog beliau: https://arnamee.blogspot.my

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%