, ,

Mendidik Dan Bersabar Dengan Anak-anak (bahagian 2-akhir)

Adab beri pujian:

  • Iktiraf dan puji anak (elakkan pujian yang sama setiap kali memuji). Jangan keterlaluan sehingga mereka keliru antara perkara baik dan tidak. Pujian tetap perlu untuk meningkatkan keyakinan diri. Namun perlu bersederhana.

Elakkan 3 perkara berikut jika anak ingin meluah atau berkongsi rasa dengan ibu bapa:

  • Meremehkan
  • Mentertawakan
  • Mengkritik

Perkara ini akan membuat anak semakin jauh dan patah hati. Cari persamaan antara anak dengan ibu bapa (supaya boleh bersama-sama buat sesuatu aktiviti), tanya perkembangan untuk lebih memahami, kukuhkan diri dengan utamakan akidah dan sifat Allah kepada mereka (ajar anak dengar dan ingat nama Allah).

Kenalkan dalam perbualan kita. Al-Hakim contohnya yang bermaksud Allah Maha Bijaksana, jadi terangkan bertapa Allah itu Al-Hakim dan kaitkan dengan masalah si anak tadi.

Katakan Allah Maha Bijaksana dalam mengatur dan merancang sesuatu. Semua ada hikmahnya.

Anak mula berbohong apa perlu buat?

Tanpa menyindir atau mengungkit, ceritakan tentang para sahabat Nabi dulu (kisah sahih), (contoh dalam surah Yasin misalnya), supaya mereka gerun untuk berbuat jahat.

Apatah lagi untuk berbohong. Biar mereka rasa takut kepada Allah dan tahu apa mereka buat akan sentiasa dilihat dan akan dibalas di mahsyar kelak.

Pupuk rasa taat dan hormat dalam jiwa anak-anak.

Jangan berhenti berdoa, bisik pada hati agar Allah bantu anak kita. Moga mereka jadi anak yang baik.

Teruskan muhasabah diri dan bantu anak urus emosi. Cari sebab dan biar dia tahu kita tegur dan akan tetap selalu menyayangi mereka.

Katakan pada mereka, anak yang hebat yang disayangi Allah akan bahagia dengan kejayaan orang lain. Berbohong tak akan mampu ubah apa pun.

Bagaimana nak anak jadi penyejuk mata (qurratu’ ain)?

Amalkan tiga S.

Solat, kita jaga solat kita. Sungguh-sungguh. Syukur, bersyukur dengan setiap perkembangan anak. Ajar dia berdoa. Mulakan doa tidur misalnya.

Serta sabar. Sabar di sini bukanlah terima atau duduk diam sahaja, namun ambil masa untuk kenal anak kita. Benar, hidayah milik Allah, namun kesungguhan kita dinilai Dia.

Jadikan rumahku syurgaku. Rumah tangga harmoni akan melahirkan anak-anak yang bahagia.

Sikap sabar, saling memahami, bertolak-ansur harus dipupuk di antara pasangan. Elakkan perasaan saling cemburu buta dan serkap jarang.

Imam Hasan al-Banna berkata:

“Ketenteraman, ketenangan dan perlindungan itulah kata-kata yang tepat untuk menggambarkan antara lelaki dan perempuan. Seorang perempuan, wahai saudaraku, berlindung pada suaminya untuk memperoleh kekuatan dan kehidupan, sedangkan lelaki berlindung kepada isterinya untuk memperoleh kecintaan dan kehidupan.”

Belajarlah daripada Rasulullah SAW. Beliau bukan saja contoh bapa kandung yang baik, malah juga ayah tiri yang baik.

Sangat penyayang dalam mendidik anak. Ibu bapa perlu bersahabat dengan anak.

Buat anak rasa selesa, namun tetap dalam keadaan hormat.

Jiwa anak-anak perlu dibangunkan dengan cara terbaik, namun kita seharusnya juga menjadi manusia baik yang boleh dicontohi.

Doa agar mendapatkan anak yang baik:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee. Terlibat dalam beberapa buah antologi cerpen dan puisi. Boleh juga mengikuti perkembangan beliau di https://arnamee.blogspot.my

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%