,

Kunci Ke Syurga (bahagian 1)

“Akak, nak dengar satu teka-teki tak?”

“Teka-teki apa tu?”

“Apakah benda yang satu tiada duanya, dua tiada tiganya, tiga tiada empatnya? Takat tu je dulu. Kalau akak terer akak jawab.”

“Menarik betul teka-teki awak ni. Apa jawapannya? Akak macam tak pernah dengar pun teka-teki tu sebelum ni.”

“Haa, mari saya share jawapan dia. Haritu saya ada baca satu buku ni. Tajuk dia Ketika Malaikat Tidak Bersayap tulisan Anas Al-Hazimi. Dari situ la saya dapat teka-teki ni. Tapi sebenarnya bukan tu je, pengajaran daripada kisah tu pun best. Nampak betapa tingginya nilai ilmu tu untuk kita berdakwah.”

“Menariknya. Ceritalah, akak pun nak tahu jugak.”

******

Satu ketika dulu ada seorang pemuda arab yang baru sahaja menghabiskan kuliahnya di Amerika. Pemuda itu merupakan salah seorang yang dikurniakan nikmat dalam beragama.

Dia bahkan mampu untuk mendalami segala apa yang dipelajarinya. Selain daripada menuntut ilmu dia juga merupakan seorang guru dakwah Islam.

Semasa di Amerika pemuda itu ada mengenali seorang penganut nasrani. Hubungan mereka semakin akrab membuatkan pemuda arab tadi berharap pemuda nasrani itu diberikan hidayah untuk memeluk Islam.

Suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintasi kawasan gereja yang terdapat di situ.

Sahabat pemuda arab itu mengajaknya untuk masuk ke dalam gereja. Pada mulanya dia agak keberatan. Tetapi, setelah didesak beberapa kali oleh sahabatnya akhirnya dia akur.

Mereka akhirnya masuk ke dalam gereja dan duduk di sebuah bangku dengan tenang. Ketika paderi melangkah masuk ke dalam gereja mereka berdiri serentak bersama hadirin yang lain sebagai tanda hormat dan kembali duduk.

Paderi itu berdiri di bahagian hadapan gereja dan meluaskan pandangannya ke sekeliling gereja. Tiba-tiba matanya terbeliak saat dia memandang ke arah hadirin yang hadir.

“Dalam kalangan kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda arab itu tidak berganjak dari tempatnya. Paderi terus mengulang-ulang perkataan tadi namun pemuda itu tetap juga tidak berganjak. Akhirnya paderi itu berkata,

“Aku minta dia keluar dari sini dan aku jamin keselamatannya.”

Mendengarkan perkataan tersebut si pemuda lantas bangun dan melangkah untuk keluar. Sebelum itu dia berpaling ke arah paderi tadi dan bertanya,

“Bagaimana kamu tahu bahawa aku adalah seorang Muslim?”

“Daripada tanda yang terdapat di wajahmu.”

Pemuda itu memusingkan badannya untuk keluar. Namun, paderi itu mahu memanfaatkan kehadiran si pemuda dengan mengajukan beberapa soalan.

Tujuan paderi itu mengajukan soalan adalah untuk memalukan si pemuda sekaligus mengukuhkan agamanya.

“Aku akan mengajukan 22 soalan kepada kamu dan kamu harus menjawabnya dengan tepat.”

“Silakan.”

“Terangkan padaku, apakah:

1. Satu yang tiada duanya

2. Dua yang tiada tiganya

3. Tiga yang tiada empatnya

4. Empat yang tiada limanya

5. Lima yang tiada enamnya

6. Enam yang tiada tujuhnya

7. Tujuh yang tiada lapannya

8. Lapan yang tiada sembilannya

9. Sembilan yang tiada sepuluhnya

10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh

11. Sebelas yang tiada dua belasnya

12. Dua belas yang tiada tiga belasnya

13. Tiga belas yang tiada empat belasnya

14. Sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh

15. Apa yang dimaksudkan dengan kubur yang berjalan membawa isinya

16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga

17. Sesuatu yang diciptakan oleh Allah namun Dia tidak menyukainya

18. Sesuatu yang diciptakan oleh Allah tanpa ayah dan ibu

19. Siapakah yang diciptakan dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara daripada  api

20. Siapakah yang diciptakan dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara daripada batu

21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar

22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari

Silakan jawab…”

Mendengarkan soalan dari paderi itu si pemuda lantas tersenyum. Dengan keyakinan kepada Allah dia membaca bismillah dan berkata…

 

> bersambung Kunci Ke Syurga (bahagian 2-akhir) <

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Azzianie binti Ahmad Zamri. Berasal dari Kelantan. Masih lagi belajar.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%