,

Ku Temui Jua Wahai Wafrah Syafaqah

sebuah buku di perpustakaan

love-letters1

Tidak lama lagi, sesi kuliah untuk tahun 2 bagi graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak akan bermula. Keputusan peperiksaan semester untuk tahun 1 mereka sudah pun diketahui oleh para pelajar melalui laman sesawang kampus tersebut.

Secara kebiasaanya, Fairuz sememangnya mendapat keputusan cemerlang pada semester 1 yang lalu. Sejak pengajian diplomanya lagi, dia sering mendapat anugerah dekan pada setiap semester yang dilaluinya di Universiti Putra Malaysia (UPM). Tatkala orang sekelilingnya bertanya dengannya mengenai rahsia kejayaannya itu, jawapan yang diberikan tidak lain tidak bukan, “Dahulukan Allah S.W.T dalam segala perkara “. Tergamam sahabat-sahabatnya mendengar.

Kuliah berjalan seperti biasa.Setelah selesai kuliah tersebut, Fairuz dan Fariz mendirikan solat zohor secara berjemaah di masjid kampusnya. Selepas solat, mereka telah pergi ke kafe untuk makan tengahari.

Semasa menunggu giliran untuk membeli menu makanan tersebut, Fairuz berbual dengan sahabat rapatnya,Fariz.

“Ya akhi Fariz”, ujar Fairuz.

“Kenapa ya sahabatku”, ujar Fariz.

“Apa khabar iman di hati ya akhi?”, ujar Fairuz.

“Allah, (sambil menundukkan pandangan)”, ujar Fariz.

“Fikirkan apa ya sahabat?”, ujar Fairuz.

“Muhasabah diri,Fairuz. Boleh beri saya nasihat?”, ujar Fariz.

“Bina diri, dan sentiasalah mengingati Allah S.W.T”, ujar Fairuz.

“In sha Allah, terima kasih ya. Oh ya, untuk sem baharu ini, kita sama-sama ya sahabat perbetulkan niat belajar kita, belajar kerana Allah, dan bukan semata-mata kerana peperiksaan , dengan izin Allah, berkatnya kita akan dapat nanti, teguran untuk diri ini juga “ , ujar Fariz.

“In sha Allah, terima kasih juga atas nasihatnya ya sahabat”, ujar Fairuz.

“Sama-sama wahai sahabatku, Allah yang selayaknya”, ujar Fariz.

Begitulah mereka berdua, sahabat karib sentiasa bersama susah dan senang. Mereka amat mementingkan ukhuwwah persahabatan. Jikalau Fairuz hadapi sebarang masalah, Farizlah tempat mengadu selain ibu bapa.

Kisah mereka berdua ini mengutamakan sifat ukhuwwah dan tidak mementingkan diri sendiri, sebagaimana dalam kitab suci Al-Quran ada menyebut mengenai ukhuwwah, dalam surah Al-Hujurat, ayat 10, maksudnya “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”.

“Syukur Alhamdulillah ya Allah, diri ini sekali lagi diberi kepercayaan menjadi naqibah dalam kumpulan Usrah Aisyah. Ini amanah, kena pikul dengan sebaiknya. Astaghfirullahalazim, takutnya diri ini ya Allah, takut jika amanah tersebut tak dilakukan dengan penuh jujur. Ya Fattahu Ya Alim, saya kena sangka baik. Sesungguhnya Allah amat sukakan hamba-Nya yang sentiasa bersangka baik kepada-Nya”, ujar Hawa.

Hawa sememangnya seorang wanita yang menjaga ikhtilat. Dia amat mencintai dan merindui idolanya yang sangat dikaguminya iaitu Rasulullah S.A.W . Setiap kali mendengar cebisan kisah mengenai sirah Rasulullah S.A.W, matanya pasti berkaca dan menitis kerana penghayatannya terhadap baginda begitu mendalam.

Para Naqib dan Naqibah begitu sibuk sekali dalam mengendalikan aktiviti usrah tersebut. Mereka telahpun mengadakan perbincangan untuk pengisian setiap aktiviti usrah ini.

Fairuz juga seorang Naqib yang mengetuai Kumpulan Abu Bakar As-Siddiq. Pada satu masa, Hawa telah terserempak dengan Fairuz dalam perbincangan aktiviti usrah tersebut secara tidak sengaja. Lantas, mereka fokus akan perbincangan pengisian usrah ini.

“Begini Hawa, apa pandangan kamu mengenai pengisian aktiviti usrah kita?“, ujar Fairuz.

“Baik Fairuz, sebenarnya banyak yang bermain di kepala saya mengenai pengisian usrah ini, tapi saya lebih fokus akan sebuah pengisian yang boleh menginsafkan diri“, ujar Hawa.

“Macam menarik sahaja saya dengar mengenai pengisian yang kamu fikirkan ini, apa dia tu Hawa?“, ujar Fairuz.

“Cinta Rasulullah S.A.W “, ujar Hawa.

“SubhanAllah, ya memang sungguh menginsafkan pengisian tajuk tersebut, jadi bagi saya, sangat sesuailah tajuk pengisian “ Cinta Rasulullah S.A.W” ini”, ujar Fairuz.

“Ya Fairuz, in sha ALLAH. Niat baik ALLAH akan permudahkan”, ujar Hawa.

Sebulat suara antara Naqib dan Naqibah telah memilih cadangan Hawa, iaitu “Cinta Rasulullah S.A.W“. Fairuz dan Hawa sememangnya mempunyai idola yang sama, iaitu Rasulullah S.AW. Mereka amat serius dalam isu-isu Islam.

“Ya ALLAH, Syukur Alhamdulillah, tak sangka akhirnya cadanganku diterima dengan hati terbuka. Ya Rasulullah S.A.W andai kata Engkau Ya Rasulullah S.A.W masih hidup, pasti Engkau gembira dan senyum mendengarnya. Tenanglah Engkau di sana ya Rasulullah S.AW.“, bisikan hati Hawa yang begitu sebak.

Hawa sentiasa membawa buku yang dicatat sendiri olehnya, iaitu ”Cebisan Wafrah Syafaqah” terutamanya semasa aktiviti usrah dijalankan.

“Bulatan usrah cukup indah dan tenang tatkala melihatnya. Ya ALLAH, aku mohon kepada-Mu agar segala aktiviti perjalanan usrah ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, serta jauhilah daripada segala perkara yang buruk menimpa kami”, ujar Hawa dalam bisikan hatinya yang penuh mengharap kepada Allah.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Baiklah, muslimat-muslimat yang akak kasihi sekalian, akak sebagai Naqibah kepada kamu semua mengucapkan, selamat datang ke dalam usrah yang indah ini. Moga segala diskusi kita ini bermula dan berakhir dengan pengakhiran yang baik. In Sha Allah.“, ujar Hawa selaku Naqibah Usrah Aisyah.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh“, ujar semua muslimat Usrah Aisyah kepada Hawa.

“Wahai adik-adikku sekalian, pernahkah kalian bersedih atas pemergian seorang pejuang umat Islam yang ALLAH kasihi, iaitu Rasulullah S.A.W ? Pernahkah ? Baginda selalu memikirkan hal umatnya, tapi, kita? Hanya kekadang sahaja memikirkan pengorbanan baginda kepada kita. Marilah kita sama-sama istighfar dan perbanyakkan selawat atas junjungan Rasulullah S.A.W”, ujar Hawa.(Dalam nada yang sedih sambil menitiskan air mata).

“SubhanAllah, benar kak, benar. Umat sekarang umat akhir zaman. Mereka lebih suka melakukan maksiat daripada berbuat perkara mahmudah. Adik Adila tahu kita semua tak sempurna, jika dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W yang begitu maksum di sisi Allah S.W.T“, ujar Dila, seorang daripada ahli usrah Aisyah.

“Hawa, sabarlah duhai hati. Setiap air mata yang berlinangan atas perkara baik pasti Allah reda dan kasih. Sabar ya sayang, sabar.”, ujar Anis sambil menenangkan Hawa yang begitu sedih.

“Ya sahabatku Anis. Setiap kali saya menyebut nama baginda, imanku pasti memuhasabah hati. Mata pasti berkaca. Air mata terus berlinangan”, ujar Hawa.

“Ya Anis faham. Hawa kena kuatkan semangat. Andai kata Rasulullah S.A.W masih hidup, sudah tentu baginda kasihi Hawa sebagaimana baginda kasihi umatnya sekalian. Sabar ya sayang, sabar. Inna ALLAH ma’ana sobirin. Sesungguhnya Allah S.W.T bersama orang-orang yang sabar “, ujar Anis yang begitu sedih melihat Hawa yang berdukacita atas pemergian Rasulullah S.A.W .

“In Sha ALLAH, sahabatku Anis. Hawa akan cuba kuatkan semangat. Adik-adik yang akak kasihi sekalian, maafkan akak ya jika tiba-tiba beremosi”, ujar Hawa.

“Tak apa kak, Dila dan semua disini faham perasaan akak. Kita bagaikan adik-beradik. Jadi, kalau ada masalah kita terus bincanglah dalam usrah yang comel ini”, ujar Dila dalam nada gembira dan senyum.

“Adik Dilaku sayang, terima kasih atas nasihat yang adik kongsi ini. Ya adikku Dila, kita semua adik-beradik, Alhamdulillah“, ujar Hawa dalam nada gembira juga.

“SubhanALLAH tinggi sungguh nilai sangkaan baik mereka kepadaku. Moga ALLAH reda segala perjalanan pengisian usrah ini“, ujar Hawa yang bermonolog dalam nada syahdu.

Suatu hari, Hawa Umairah dan Anis Dayana telah pergi ke perpustakaan UPSI, selepas mengerjakan solat sunat dhuha. Pada hari itu juga, mereka tiada kuliah.

“Anis, jom kita ke library”, ujar Hawa kepada Anis.

“Jom, Hawa”, ujar Anis.

Setibanya di library, Anis dan Hawa segera memilih buku yang mereka ingin cari dalam rujukan kerja kursus. Buku “Cebisan Wafrah Syafaqah” itu tidak ketinggalan untuk Hawa membawanya. Mereka telah duduk di salah sebuah sofa perpustakaan sambil membaca buku serta berbual-bual secara senyap mengenai alam perkahwinan.

“Hawa, umur kita sudah genap 22 tahun . Hawa tak terfikirkah nak kahwin?”, ujar Anis.

“Anis sayang, kita kan masih muda lagi. Kita perlu lagi belajar dan terus belajar”, ujar Hawa.

“Ya. Anis tahu Hawa seorang yang cintakan ilmu dan perjuangan. Jadi, sambil-sambil kita belajar, kita perlu fikir juga perkara sedemikan Hawa”, ujar Anis.

“Anis, kita kejar Allah, yang lain-lain semua akan kejar kita. Dunia, jodoh, pangkat, harta semua dalam tangan. In sha Allah,“ ujar Hawa.

Anis terdiam seketika sambil menundukkan pandangan.

“SubhanAllah. Betul tu Hawa. Kamu memang seorang yang tetap pendirian.Kamu langsung tak memandang lelaki. Kamu memang seorang wanita solehah Hawa. Kamu bukan jenis yang suka memandang tapi kamu adalah seorang wanita yang dipandang oleh lelaki yang soleh. Sudah tentu, suami yang bakal kahwin denganmu akan bahagia buat selama-lamanya, dunia dan akhirat. Beruntunglah lelaki yang dapat memikat hatinya”, ujar Anis dalam keadaan bemonolog.

“Wahai Anisku sayang, apa yang kamu fikirkan? Ada masalah kah?”, ujar Hawa.

“Tiada apa-apalah Hawa, Anis Cuma fikirkan masalah umat”, ujar Anis dalam nada serba salah.

“Oh. Alhamdulillah. Baguslah macam itu . Oh ya, zohor dah nak masuk, jom kita solat zohor secara berjemaah di masjid”, ujar Hawa.

“Jom Hawa”, ujar Anis dalam nada gembira.

Mereka berdua telah bergegas ke masjid untuk menunaikan solat fardu Zohor. Buku yang selalu dibawa oleh Hawa telah tertinggal di atas sebuah meja di library tanpa disedari olehnya.

Pada keesokan harinya, Fairuz telah pergi library untuk belajar secara berkumpulan bersama sahabatnya Fariz. Setibanya mereka tiba di sana, dia terkejut akan sebuah buku berada di sebuah meja di perpustakaan itu dari jarak jauh pandangannya. Lantas, dia pun bergerak ke arah buku itu.

Fairuz mengambil keputusan untuk mengambil buku itu dan akan berusaha menemukan buku itu dengan pemiliknya secepat yang mungkin. Lalu, dia mengambil buku itu dan membaca isi kandungannya.

“SubhanAllah, nampak tenang sahaja tatkala melihat buku ini. “Cebisan Wafrah Syafaqah”, itulah tajuk yang dicatat pemilik buku”, ujar Fairuz dalam keadaan berbisik.

Helaian demi helaian dibuka perlahan-lahan. Banyak perkongsian ilmu yang Fairuz dapat. Dia tertarik akan satu bingkisan warkah yang ditulis oleh pena buku itu, serta membacanya dalam nada senyap.

Warkah kepadamu wahai Rasulullah S.A.W yang amat kucintai,

“Wahai ya Rasulullah S.A.W, indahnya diri ini dengan meneladani akhlak dan mengamalkan sunnahmu, Tumbuhkanlah kecintaan pada Rasulullah S.A.W di lubuk hati kita! Kenangkanlah perjuangan Baginda, kesabaran dan ketabahan baginda menerima cacian dan makian demi kaumnya. Ketahuilah, seberapa pun cintamu kepada Baginda, takkan pernah bisa untuk membalasnya. “
Pena Yang Kerdil : (Wafrah Syafaqah)

“Ya Allah, muslimat ini memang solehah. Orang yang dicintainya bukan calang-calang orang. ALLAHHUAKBAR! Aku mohon ya ALLAH pertemukanlah aku dengan wanita solehah seperti ini. Perteguhkanlah imanku. Amin ya Rabb.“, Fairuz bermonolog lagi.

“Ya ALLAH, mana perginya buku yang ku sayang itu? Mana? Mana? Aku semakin risau. Diri ini takut akan terjadi apa-apa akan buku tersebut. Perasaan risau semakin kuat melanda diri. Lumrah manusia memang suka berkeluh-kesah.”

“Allah S.W.T lebih layak mengetahui luaran dan dalaman apa yang kita rasa. Allah tercinta belumpun benar-benar menguji dengan kekacauan sekeliling. Aku terlebih dahulu mewujudkan kekacauan di sekeliling mindaku sendiri. Bagiku, terlalu memikirkan risiko, yang bukan-bukan hanya akan meletihkan fikiran. Bersederhanalah duhai diri. Kuhambat segala kegusaran dengan seungkap kalimat keramat. HasbunALLAH wa ni’mal wakeel ( Cukuplah ALLAH bagiku, Dia sebaik-baik penolong).”

Doa ini amat ku kagumi kerana doa ini pernah dibaca oleh Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api. Pujukan-Nya cukup hebat. Dengan mengulang-ulang zikir di hati, senyuman terus kugagahi . Langkahku semakin berani. Tiada apa-apa lagi yang perlu ditakuti.

“Yakin, harus yakin. Allah S.W.T sentiasa bersama kita. Jangan bersedih. Sabarlah duhai hati,” ujar Hawa dalam keadaan sedih.

Hawa menenangkan dirinya dengan mengambil wuduk. Beberapa hari kemudian, Hawa tak seaktif dahulu. Dia mulai berdiam diri dan terus berdoa agar buku yang hilang itu akan dijumpainya nanti. Apabila kuliah bermula, dia jarang memberi fokus dalam kelas kerana rasa tidak tenang akan kehilangan bukunya itu.

Selepas kuliah, seorang wanita yang berada di dalam kelas Fairuz telah berjumpa dengannya.

“Fairuz, sebenarnya begini,” ujar Anis.

“Kenapa ya Anis?”, ujar Fairuz.

“Selama ini saya ada perasaan cinta kepadamu kerana Allah S.W.T ”, ujar Anis dalam nada yang rendah.

“MasyAllah? benar apa yang saya dengar? Anis, saya tak layak bagimu kerana kamu wanita solehah. Saya ingat ,kamu tahu siapa pemilik buku yang hilang ini”, ujar Fairuz.

“Fairuz, andai kata kamu tahu pemilik buku itu, adakah kamu mahu menikahi saya?“ , ujar Anis dalam nada serius.

“Anis, menurut kata-kata Imam Hassan Al-Banna, bercinta secara halal itu halal, bercinta secara haram itu haram, dan bercinta secara syubhah itu syubhah. Mahukah kita bercinta secara keraguan?”, ujar Fairuz dalam nada yang tegas.

“Ya, Anis tahu. Tapi, selama ini Anis tertarik akan akhlak Fairuz yang begitu mulia di sisi Allah S.W.T. Sejak aktiviti usrah, Anis lihat sifat kepimpinan yang ada pada diri Fairuz, dan daripada situ, Anis berniat nak jadikan Fairuz sebagai imam dalam hidupku yang membimbing ke arah kebaikan“, ujar Anis dalam keadaan mengharap dan sedih.

“Anis, jodoh itu ditangan Allah S.W.T. Kita berhak memilih. Bukannya secara paksaan. Solat istikharah, Anis. In sha ALLAH, dengan mengerjakan solat istikharah hati bertambah tenang dan moga mendapat jawapan yang baik. Lebih tenang, bukan?”, ujar Fairuz.

“Baiklah, Fairuz. Anis reda(perasaan lembut hati). Anis mengalah. Pemilik buku itu lebih layak menjadi suami kepada Fairuz. Fairuz, untuk pengetahuan kamu, pemilik buku” Cebisan Wafrah Syafaqah”, itu adalah Hawa Umairah”, ujar Anis.

“SubhanALLAH! Biar betul?”, ujar Fairuz dalam keadaan terkejut.

“Ya. Benar. Buku itu tertinggal di atas salah sebuah meja perpustakaan. Hawa tak sengaja tinggalkan bukunya itu. Semasa itu, kami sibuk berbincang mengenai alam perkahwinan. Jadi, jumpalah Hawa secepat yang mungkin. Dia lebih layak untuk berbahagia untukmu”, ujar Anis.

“Syukran, Anis. Moga Allah reda akan sifat jujur kamu. Moga kamu dapat bertemu dengan suami soleh juga ya”, ujar Fairuz.

“In Sha Allah, Fairuz. Amin Ya Rabb. Maafkan saya tergesa-gesa membuat jawapan”, ujar Anis dalam keadaan serba salah.

“Tak apa, Anis. Kitakan manusia, sering membuat kesilapan. Mohon doanya saya dipertemukan dengan wanita solehah”, ujar Fairuz.

“AMIN YA RABB”, ujar Anis.

Fairuz telah berjumpa Hawa dan mengembalikan buku itu kepadanya. Hawa amat bergembira. Dia kembali ceria dan fokus semasa kuliah. Hawa telah memberikan syarat kepada Fairuz, bahawa jika ingin menikahinya, hendaklah secara terhormat.

Hawa telah memberi sepucuk surat kepada Fairuz melalui Fariz. Fairuz pun membaca isi surat tersebut.

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, sesi kuliah bagi semester mereka telah tamat. Fairuz telah berkahwin dengan Hawa . Dia berjaya memikat hati hawa dengan sepucuk surat yang membawa erti yang mendalam kepadanya.

Perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana mengikut syari’at Islam.

Anis pula telah berkahwin dengan Fariz. Cinta mereka berputik tatkala Fariz seorang sahabat jujur dalam bekerja. Berkat sifat jujur yang ada pada diri Fariz, Anis yakin untuk menjadikan dia sebagai imam soleh dalam hidupnya.

Cinta antara Hawa dan Fairuz sememangnya “manis kerana agama”. Sejak alam persekolahan, mereka sering menjaga ikhtilat dan berpegang pada prinsip mendahulukan Allah S.W.T dalam segala perkara. Kini, mereka bergelar ustaz dan ustazah di sekolah masing- masing serta dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selang beberapa hari, Fairuz telah menghadiahkan sebuah buku kepada Hawa. Hawa amat gembira melihatnya. Buku itu berjudul, “Bahagiakan Isteri dengan Satu Isteri”. Mereka semakin bahagia. Itulah berkat cinta selepas nikah.

Tatkala Hawa mengemas rak-rak buku yang terdapat di dalam biliknya, dia terbaca akan satu coretan diari seorang mujahid iaitu diari suaminya. Lantas dia membacanya dengan penuh penghayatan. Hawa amat mengenang coretan diari suaminya yang begitu menyentuh hatinya.

surat wafrah

 

Maklumat Penulis

Perkongsian ini ditulis oleh Muhammad Khalid Khumaini bin Chacho (Syabab Pencinta Ilahi). Memiliki kemahiran berpena. Artikel ini merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai sayembara penulisan iluvislam.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Total votes: 8

Upvotes: 7

Upvotes percentage: 87.500000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 12.500000%