,

Kita Adalah Pelakon Utama Untuk Cerita Kita

Di dalam dunia realiti, kita semua adalah pelakon.

Ya. Bahkan kita adalah pelakon utama untuk cerita kita.

Kisah kita yang berbeza.

Kita yang membawa pelbagai watak yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran kita.

Siapa pengarah kita? Allah.

Al-Quran dan sunnah Nabi sebagai skrip dan panduan untuk kita.

Dan kita akan mendapat anugerah yang abadi kelak iaitu Syurga sekiranya kita berjaya menjadi pelakon terbaik di mata Allah.

Pelakon yang mengikut perintah dan arahan pengarahnya serta memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan lakonan di pentas dunia.

Ianya layak untuk pelakon yang hebat yang mengikut skrip dan panduan yang betul iaitu Al-Quran.

Jika kita tidak bersetuju dan ingkar akan perintah pengarah? Maka silalah cari dunia lain atau planet lain yang bukan milik Dia

Mustahil bukan?

Memang mustahil kerana semuanya milik Dia.

Tetapi kita tetap saja bodoh sombong ingin melanggar perintah Allah. Bukan sahaja ingkar malah kita menggunakan pula pinjaman dari Dia.

Tetap saja tinggal di bumi Dia. Menghirup udara Dia dan menggunakan jasad dan nyawa yang dipinjamkan olehNya.

Dan malah kita ingin mendabik dada?

Padahal kita nothing!

“Sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya untuk kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya.” (18:7)

Dunia adalah perhiasan. Ia nampak pada zahirnya begitu cantik… menarik… indah… namun sayangnya penuh tipu daya. Akhirnya ia berjaya membuatkan ramai yang terpedaya.

Harta.

Pangkat.

Kuasa.

Kita rasa kita punya banyak harta dan kerana itu kita berasa hebat.

Qarun juga punya banyak harta tetapi kerana kesombongannya Allah tenggelamkan dia beserta hartanya di dalam bumi. Kaya bukan bererti Allah memuliakan kita jika itu membuatkan kita semakin jauh daripada Allah.

Kita rasa kita hebat kerana kita ada kuasa dan jawatan. Kita gunakan ke arah yang salah dan beranggapan bahawa Allah redha dengan kita.

Firaun juga diuji dengan kuasa tetapi Dia begitu angkuh mengaku sebagai Tuhan. Akhirnya Allah tenggelamkan dia beserta bala tenteranya di dalam laut. Kuasa bukan tanda kemuliaan jika ia membuatkan kita tersesat.

Dunia?

Semua orang boleh mendapatkan dunia. Kenapa? Kerana Allah Maha Pemurah dan Dia memberi dunia kepada sesiapa sahaja baik yang beriman ataupun tidak beriman. Dunia itu murah bagi Allah, so everyone can have it!

Akhirat?

Tidak semua mampu mendapatkan akhirat. Kenapa? Kerana Allah Maha Penyayang hanya kepada orang mukmin yang beriman dan bertaqwa sahaja.

Hanya mereka yang layak mendapat akhirat. Akhirat itu mahal, so only the selected people can have it!

Dunia ini sebagai pentas lakonan untuk kita.

Sampai suatu masa nanti kita akan bersara dan meninggalkan dunia ini.

Dan Allah akan menghimpunkan kita untuk memutarkan kembali filem kehidupan kita ketika di perhimpunan Mahsyar.

Satu persatu akan ditayangkan kehidupan kita ketika di dunia.

Apa yang kita lakukan adalah selari dengan panduan yang diberikan iaitu Al-Quran?

Adakah kita mengikut perintahnya Allah, pengarah kita?

Adakah kita mengikut sunnah Nabi kita?

Satu persatu kisah kita ditayangkan dan tiada satu pun terlepas. Ibarat pita rakaman. Satu demi satu. Dan ketika itu, tidak mungkin mampu diputarkan kembali masa yang berlalu.

Samaada kegembiraan atau penyesalan yang menanti kita kelak?

Samaada kita akan mendapat anugerah yang selayaknya atau balasan yang buruk?

Semuanya ditentukan oleh keadaan kita sekarang di dunia.

Pentas lakonan kita belum lagi berakhir. Oleh itu, kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri menjadi pelakon yang terbaik di mata Allah.

Ikut perintah Allah.

Ikut Al-Quran dan sunnah Nabi.

Maka kita akan selamat.

Jika kita tersilap langkah? Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat. Pintu taubat akan sentiasa terbuka sehingga tibanya saat Allah memanggil kita kembali padaNya.

Allah suka kepada hambaNya yang sentiasa bertaubat lagi dan lagi. Take it as a chance for repent!

Semoga anugerah terbaik yang kita akan terima adalah SyurgaNya.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana Muda Farmasi, UKM. Boleh singgah di  Nur Hazwani dan Sarahsara untuk melihat koleksi beg yang menarik dan yang penting mampu milik.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

22 points
Upvote Downvote

Total votes: 22

Upvotes: 22

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%