,

Kita Jaga Solat, Allah Jaga Kita

Solat adalah alat yang menghubungkan insan dengan Tuhannya. Solat umpama tiang yang mengukuhkan sesuatu struktur.

Tanpa tiang, akan runtuhlah sesebuah struktur berkenaan. Solat yang mantap adalah bagaikan cahaya dan cahaya.

Solat yang khusyuk merupakan idaman kalbu di kalangan orang yang beriman. Solat yang khusyuk akan menyelesaikan semua masalah dunia. Solat yang khusyuk petanda jantung hati kita sentiasa bersih daripada sifat mazmumah.

Di dalam solat terkandung bacaan wajib iaitu surah Al Fatihah. Surah al Fatihah merupakan surah yang paling agung. Surah inilah yang merumuslan 113 surah berikutnya.

Surah ini bisa mencuci hati insan yang kotor kerana dengan surah ini, insan berkomunikasi dengan TuhanNya.

Seseorang yang solat dengan laju, jiwanya miskin dan jantung hatinya masih tidak memiliki kenikmatan solat.

Malah Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis pernah menyuruh seseorang mengulangi solatnya:

“Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah S.A.W menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Benarlah jawapan golongan tasawwuf bahawa punca solat tidak khusyuk adalah kerana hanya jasad bergerak, tetapi jantung hatinya tidak mengingati Allah.

Orang yang berjaya adalah orang yang khusyuk di dalam solatnya. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya:

“Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha: 14)

Kata Imam Al-Ghazali ketika mengulas berkenaan ayat ini; Zahir perintah (mendirikan solat) adalah membawa kepada hukum wajib.

Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati). Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah? Rujuk Ihya’ Ulum al-Din, Al-Ghazali (1/159).

(Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – BAYAN LINNAS SIRI KE-82)

Mahukah kita mencapai tahap golongan yang beriman?

Golongan beriman adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya. Hati mereka kaya. Jantung hati mereka bercahaya. Cahaya dalam cahaya.

Di dalam jantung hati mereka tiada keserabutan memikirkan dunia yang menipu. Golongan yang berjaya inilah mereka yang khusyuk dalam solatnya:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (Surah Al-Mu’minun:1-2)

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhd Ridhuan bin Sulaiman. Berasal dari Shah Alam, Selangor. Kini, berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Malaysia.

Adik kepada penulis ada menyediakan perkhidmatan “Private Martial Art Lesson” di Seksyen 19, Shah Alam. Sila hubungi adik penulis, Muhammad Ikram di talian 017-603 9997 untuk sebarang pertanyaan. Layari https://www.instagram.com/ikramtyson/

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%