, ,

Kita Bersahabat Kerana Allah

Nikmat dan rezeki daripada Allah datang dalam pelbagai bentuk. Sahabat yang baik adalah salah satu daripadanya. Maka beruntung dan bersyukurlah mereka yang diizinkan menemui manusia yang sentiasa sudi untuk mendampingi.

Anugerah sementara

Seperti hal-hal lain, sahabat juga pinjaman. Bukan abadi milik kita, malah kita tidak seharusnya pun memilikkan.

Kita tidak wajar mengongkong dan tidak membenarkan sahabat berkawan dengan orang lain atau menghalang sahabat daripada berbuat sesuatu yang disukainya.

Itu hak dia sebagai hamba Allah dan manusia biasa, seperti kita. Hak lain yang harus dipenuhi, adalah membantunya dalam kesusahan, menziarahinya jika dia sakit, nasihat-menasihati, menjaga air mukanya, mendoakan dan banyak lagi.

Sederhana tapi bahagia

Bersahabatlah kerana Allah. Allah yang izinkan, maka jalaninya dengan cara yang Dia redhai.

Ukhwah kerana Allah itu bermaksud kelebihannya tidak menambah rasa sayang, kekurangannya pun tidak mengurangkan apa-apa. Kita tetap menyayangi dan menghormati sahabat kita itu kerana Allah.

Ada sebuah hadis yang masyhur dibawa oleh Imam al-Nawawi ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang 7 golongan yang akan dinaungi ‘Arasy di akhirat nanti.

Antara 7 golongan itu salah satunya adalah “dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah juga kerana Allah”.

Masya-Allah. Indah, bukan?

Menegur dengan cara terbaik

Jika kita sayang, pasti kita akan mahu membawa sahabat kita itu ke arah yang lebih baik, namun tegurlah dengan cara yang tidak menyakiti atau memalukannya.

Beri sahabat kita masa. Sedangkan kita juga ada kelemahan dan sahabat kita boleh terima, jadi kita pun perlu bersabar dalam menzahirkan perasaan yang kita ada.

Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

اَلْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

“Seorang mukmin bagi mukmin lainnya laksana bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (Muttafaq ‘Alaihi)

Biar sampai ke syurga

Moga ukhwah yang terbina bukan sahaja terbina di sini malah mekar hingga ke syurga. Jika sayang, selagi hidup nyatakanlah kepada sahabat kita dan teruslah menyokong dan mendoakan.

Jika ditakdirkan berjauhan atau ada kesilapan, belajarlah memaafkan dan tidak mengaibkan. Hargailah kenangan yang pernah tercipta. Sesungguhnya kita semua ini bersaudara.

Untuk semua sahabat, terima kasih! Ukhwah fillah abadan abadaa, Insya-Allah.

Dari Ibnu Mas’ud RA berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat Rasul mengenai seorang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi tidak pernah menemui kaum itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya (di akhirat). (HR. Bukhari dan Muslim)

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee. Berasal dari Selangor. Meminati bidang fotografi, suka menulis dan amat gemar membaca. Ikuti perkembangan beliau di blog http://arnamee.blogspot.my/.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Total votes: 5

Upvotes: 5

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%