,

Kisah Sahabat yang Gagah

Semasa pemerintahan Saidina Umar al-Khattab r.a, Mesir berjaya ditundukkan di bawah kuasa Islam.

Sebelum penaklukan, khalifah memilih seorang sahabat yang bernama Amru bin Ash r.a untuk mengetuai misi tersebut.

Tentera Islam mendapat tentangan sengit.

Panglima Amru bin Ash menghantar utusan ke Madinah meminta tentera bantuan daripada Khalifah Umar.

Amru memerlukan bantuan sekitar seribu orang tentera.

Namun, jumlah yang diminta itu tidak dipenuhi oleh Khalifah Umar.

Sebaliknya beliau mencetuskan kejutan yang hebat dengan menghantar seorang tentera sahaja!

Sahabat pilihan yang diutus bernama al-Qa’qa’.

Amru bin Ash berasa ragu-ragu dengan tindakan Khalifah Umar itu.

Bagaimana hendak menghadapi musuh yang ramai?

Amru pun membuat keputusan meminta bantuan daripada khalifah sekali lagi.

Saidina Umar menjawab, “Demi Allah! Suara al-Qa’qa’ di medan perang apabila dia melaungkan Allahuakbar… terlebih baik daripada seribu lelaki yang diutuskan kepadamu!”

Perang terus memuncak. Tentera Islam dikepung oleh musuh.

Amru memerintahkan al-Qa’qa bertindak bagi membebaskan kepungan itu.

Al-Qa’qa’ menerima perintah panglima dengan patuh.

Amru dan tentera bawahannya tertanya-tanya, apakah yang akan dilakukan oleh lelaki pilihan khalifah itu?

Selepas solat Subuh, al-Qa’qa bangkit dan berteriak dengan suara yang sangat kuat, “Wahai hamba-hamba Allah, bantulah Allah, nescaya Dia akan menolongmu!”

Sebaik-baik sahaja tentera Rom mendengar tempikan yang keras itu, mereka mula ketakutan.

Mereka menyangka orang Islam telah mendapat tentera bantuan yang ramai.

Oleh kerana tidak mahu menghadapi risiko kemungkinan yang diduga, mereka pun berundur.

Akhirnya, kemenangan berpihak kepada tentea Islam.

*diambil daripada Majalah Q&A muka surat 29.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei yang merupakan seorang guru di SMI Aman Binjai, Kelantan.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%