,

Ketawa Terapi Jiwa

K.E.T.A.W.A.

Ada apa dengan ketawa?

Adakah kita seringkali ketawa dalam kehidupan kita seharian?

Kajian telah menunjukkan tahap kegembiraan manusia semakin menurun.

Hal ini berlaku kerana manusia stres dengan urusan kehidupan moden seperti bebanan kerja, tekanan hidup, kesempitan wang dan sebagainya.

Urusan kehidupan moden ini menyebabkan hilai ketawa semakin berkurang ke dalam diri kita.

Sepatutnya, kita perlu lebih banyak gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat dunia yang telah Allah berikan kepada kita.

Malah, menangisi amalan akhirat yang kita lakukan setiap hari dan bukannya dengan hal-hal dunia.

Ketawa memberi manfaat kesihatan kerana ketawa membebaskan hormon stres, memperkayakan darah dengan oksigen dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

Oleh itu, kajian juga menunjukkan bahawa orang yang ketawa sentiasa positif dan mensyukuri kehidupannya walaupun dugaan datang.

Allah SWT mengiktiraf hiburan ketawa ini kerana Dialah Penciptanya.

Dan sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.” (Surah al-Najm 53:43)

Bergembiralah dan ketawalah agar hidup kita lebih positif!

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei yang merupakan seorang guru di SMI Aman Binjai, Kelantan.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%