,

Kamu Diuji Kerana Kamu ‘Special’

Allah sentiasa memberi jalan keluar,

Walau sesulit mana keadaan kita…

Akan ada tangan-tangan yang membantu…

Akan ada manusia-manusia yang menguatkan.

 

Walau kita merasa jauh daripadaNya,

Tetaplah meminta pertolongan daripadaNya,

Walau kita sentiasa melupakanNya,

Tetaplah merayu kepadaNya.

 

Kerana Dia Yang Maha Baik,

Tidak akan pernah menolak,

Permintaan hambaNya yang meminta,

Dengan khusyuk dan merendah diri.

 

Kita meminta diberi kekuatan,

Allah memberi lewat ujian,

Kerana hanya mereka yang kuat,

Mampu bertahan ujianNya.

 

Ujian Allah hanya untuk menguji,

keimanan dan kesabaran kita,

Sampai masa yang ditetapkan,

Allah jua yang memberi jalannya.

Ujian itu tanda Allah sayang,

Seperti para Rasul yang sentiasa diuji,

Untuk mengangkat darjat dan martabat,

Menjadi hamba kesayangan Dia.

 

Ujian Allah mematangkan kita,

Menguatkan kita,

Menghapus kesalahan kita,

Mengangkat darjat kita.

 

Dengan ujian daripada Dia,

Allah memuliakan kita,

Daripada insan biasa makhlukNya.

menjadi permata,

Berkilauan antara berjuta.

 

Apa kita tidak pernah terfikir?

Kenapa kita yang dipilihNya?

Kerana Allah melihat kita,

Special berbanding hambaNya yang lain.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana Muda Farmasi, UKM.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%