,

Kami Mampu Merancang, Tetapi Allah Sebaik-baik Perancang

#kisahkoreakami

“So, we cannot pay using the debit card?” Ida sekali lagi meminta kepastian.

Wanita di kaunter itu menggeleng, “I’m sorry, we just accept credit card.”

Ida sekadar menggangguk. Kedengaran keluhan kecil daripada Lin di sebelahnya.

“Could you wait for a moment? We’ll come back in few minutes,” Ida meminta izin.

“Sure,” wanita itu tersenyum.

Mereka bergegas menuju ke arah D yang masih setia menjadi penjaga bagasi-bagasi mereka. D bingkas bangun daripada kerusi, “She’s still insisted on credit card?”

Ida sekali lagi mengangguk. Riak wajahnya sudah mulai muram. “Because it’s their policy. Dan salah aku in the first place sebab baca review daripada blog, bukan daripada website rental car ni.”

“Dan salah aku jugak sebab tak buat kad kredit sebelum datang Korea,” D menambah, dalam nada bersalah.

Lin memegang bahu D, “Guys, chill. Blaming oneself at this moment isn’t the best solution. Mesti ada sebab Allah tak izinkan.” Dia tidak mahu sahabat-sahabatnya terus menyalahkan diri masing-masing.

D hanya menunduk. Cuba menenangkan hati yang gusar.

“What’s the plan now?” Ida mengerling Lin.

“How about we just cancel the booking and check-in to the hotel first?” Lin memberi cadangan. Cadangan yang paling terbaik untuk mereka ketika itu.

Ida sekali lagi ke kaunter untuk membatalkan tempahan kereta sewa dan mereka segera menempah teksi untuk menuju ke Jeju Stay Hotel, penginapan mereka untuk empat hari di Pulau Jeju.

Sepanjang perjalanan ke hotel, masing-masing senyap. Pening memikirkan cara terbaik untuk mengembara ke seluruh Pulau Jeju yang keluasannya tiga kali ganda lebih besar daripada Seoul selepas harapan mereka untuk memandu tidak kesampaian.

Tambahan pula di Jeju tiada perkhidmatan subway seperti di Seoul dan perkhidmatan bas pula agak terhad.

“How about a private taxi tour?” D memberi cadangan sambil matanya tekun meneliti skrin telefon bimbit selepas mereka selesai membersihkan diri.

Ketika itu jam sudah menunjukkan 7 malam. Perancangan perjalanan untuk hari esok masih lagi samar-samar.

“Tapi kena tempah 3 hari advanced kan?” Lin bertanya. Dirinya sudah mulai risau kerana mereka hanya ada esok dan lusa sahaja di Jeju.

“Okay, blog ni ada bagi satu nombor taxi driver, Mr Choi nama dia. Boleh speaking English. Nak cuba?” Ida memberi cadangan.

Lin dan D pantas mengangguk.

‘Tuhan, jika masih ada rezeki kami, Kau mudahkanlah,’ spontan hati D berdoa.

Ida mengangguk dan segera menyusun ayat di dalam aplikasi Whatsapp untuk dihantar kepada Mr. Choi.

“Guys!” Ida memanggil sahabat-sahabatnya. “Alhamdulillah, Mr Choi available untuk esok dengan lusa!” suaranya kedengaran riang selepas beberapa minit menunggu respon daripada Mr Choi.

“You better book him now or never,” Lin memberi arahan ala-ala Maharaja Korea.

Ida tergelak. “Yes, Your Majesty.”

D tumpang tersengih.

pertandingan menulis iluvislam

Tepat jam 9 pagi keesokan hari, Mr Choi sudah menunggu di lobi hotel.

Mereka memperkenalkan diri masing-masing dan terus berjalan ke arah teksi. Perjalanan hari itu akan meliputi kawasan utara dan timur pulau.

“Does accident always happen in Jeju?” Entah kenapa soalan itu yang spontan keluar daripada mulut D. Ketika itu mereka sudah hampir 30 minit perjalanan untuk menuju ke Manjanggul Cave.

“Yes,” Mr Choi di sebelahnya mengangguk.

“Really?” Nada D agak terkejut kerana dia mengharapkan jawapan yang negatif, melihatkan kepada keadaan Jeju yang tenang dan tidak sesesak Seoul.

“Usually accident happens among the tourist cars,” Mr Choi menyambung.

“You mean the rental car?” Ida menyampuk.

Sekali lagi Mr Choi mengangguk. D menyandarkan kepalanya di kerusi, dahinya berkerut tatkala mendengarkan perkataan ‘accident’, perasaan traumanya kembali menghantui.

“D, are you okay?” Ida dapat merasakan sesuatu daripada riak sahabatnya.

“Partially not,” D ringkas menjawab.

Ida memandang Lin di sebelahnya. Lin menggeleng, sebagai isyarat untuk membiarkan D berkeadaan begitu sebentar. Memberi ruang untuk sahabat mereka itu menenangkan diri.

Mereka tahu, D masih dalam proses mengumpul kekuatan selepas baru sahaja terlibat dalam satu kemalangan seminggu sebelum kedatangan mereka ke Korea Selatan.

Walaupun hanya mengalami kecederaan kecil tetapi keadaan kereta D yang agak teruk menyebabkan sahabatnya itu masih dalam keadaan trauma.

“Sungguh, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang kan?” D memecah kesunyian selepas senyap beberapa ketika. Emosinya sudah cukup stabil untuk kembali memberi respon.

Lin tersenyum, dan menyentuh bahu D. D menggenggam tangan sahabatnya itu. Erat.

“Kadang-kadang…” Lin bersuara. D dan Ida serentak menoleh.

“Kadang-kadang,” Lin mengulang semula. “Cara Tuhan nak tunjuk sayang Dia adalah dengan tak izinkan kita untuk buat benda yang kita dah rancang.”

“Because we plan and Allah plans but still, He’s the Best Planner,” Ida membalas.

“Al Baqarah, ayat 216,” Lin menyambung.

Ketiga-tiga mereka serentak bersandar ke kerusi dan seakan melepaskan satu nafas lega. Lega kerana akhirnya mereka berjaya melihat hikmah atas kegagalan untuk memandu di Jeju.

“Indeed,” D tersenyum.

Pandangannya dilepaskan ke luar, melihat susunan pokok-pokok tidak berdaun yang sudah mulai diliputi lapisan salji nipis.

Dadanya terasa sebak, seakan melihat mesej tersirat daripada Tuhan, betapa rezeki manusia tidak pernah silap alamat, cuma cara diberikan rezeki itu berbeza, melalui ujian yang berbeza, jika mereka percaya.

Dan kali ini, Allah masih izinkan rezeki mereka untuk mencari ibrah pengembaraan di Jeju, salah satu destinasi yang disenaraikan sebagai ‘New 7 Wonders of Nature’.

Tuhan, terima kasih.

 

Disember 2016,

Jeju, Korea Selatan.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Noor Diana binti Suhaimi. Bekerja sebagai guru bahasa Inggeris. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda TESOL, Victoria University of Wellington, New Zealand.

Ia merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam 1.0 (PPii1) – klik di sini untuk menyertai PPii1.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 4

Upvotes: 3

Upvotes percentage: 75.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 25.000000%