,

Jawapan Cintaku Daripada Allah

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk menulis lagi.

Kali ini aku ingin kongsikan perjalanan cintaku untuk mencari cinta ALLAH. Perjalanan yang pastinya tidak mudah tanpa pertolongan ALLAH.

Perjalanan mencari cinta manusia lebih senang kerana jika manusia tak sukakan kita, ok kita boleh move on tapi cinta ALLAH kita tak tahu adakah kita boleh untuk mencintai ALLAH seikhlasnya.

Semuanya atas rahmat dan pertolongan ALLAH jua.

Dalam surah At-takwir, ALLAH ada menyebutkan pasal semuanya atas izin ALLAH sesuatu terjadi.

[81:27] = Al-quran itu tidak lain adalah peringatan bagi seluruh alam.

[81:28] = iaitu bagi siapa antara kamu yang menghendaki menempuh jalan yang lurus.

[81:29] = dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki ALLAH, Tuhan seluruh alam.

Semasa petang tadi selepas solat Asar, aku mengadu kepada ALLAH tentang dosa-dosaku dan apa yang patut aku lakukan.

Kita sebagai manusia takkan pernah terlepas daripada melakukan dosa sama ada sengaja ataupun tak sengaja.

Dan aku juga mengadu macam mana untuk menolong saudara seislamku yang dah tenat sekarang.

Kemudian aku buka Al-Quran dan ALLAH memberi jawapanNya melalui muka surat 281 surah An-Nahl.

Aku mengadu pasal dosa-dosa dan ALLAH jawab :

[16:119] = Tuhanmu mengampuni orang yang melakukan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka BERTAUBAT setelah itu dan MEMPERBAIKI DIRINYA. Sesungguhnya Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.

[16:121] = Ibrahim MENSYUKURI nikmat-nikmatNya. ALLAH telah memilihnya dan menunjukinya ke jalan yang lurus.

[16:122] = Dan kami berikan kepadanya kebaikan di dunia, dan sesungguhnya di akhirat dia termasuk orang yang soleh.

Aku mengadu pasal untuk menolong saudara seagamaku dalam dakwah dan ALLAH menjawab soalanku dalam page yang sama. Subhanallah. AllahuAkbar.

[16:125] = Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (perkataan yang tegas dan benar) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang dapat petunjuk.

[16:126] = dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.

Sangat hebat ALLAH kerana on the spot Dia membalas soalanku.

Jika kamu ingin ALLAH berbicara denganmu maka baca dan hayatilah Al-Quran kerana di situlah terdapat semua jawapan daripada persoalan kamu.

ALLAH menjawab semuanya melalui Al-Quran, cuma kita yang kena cari dan kenal pasti di mana letaknya jawapan itu.

Begitulah ALLAH memberi jawapan cintaku. Subhanallah wabihamdih subhanallah hil’azhim…

Al-Quran, bacalah ia walau sesibuk manapun kerana ia adalah teman karibmu di alam barzakh dan syafaatmu di akhirat kelak.

Jika di dunia kamu tidak mengenalinya maka adakah kamu expect ia akan mengenalimu di akhirat kelak?

Yang mencari cintaMU,
Asyirah Sauti
23-01-2017
2142
Isnin

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Kelantan. Merupakan pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Farmasi di UKM.

Ia merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam 1.0 (PPii1) – klik di sini untuk menyertai PPii1.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%