,

Jangan Menoleh Lagi, Teruskan Melangkah!

Hidupmu tak seperti yang lain…
namun kau unik, sahabat,
kisah dukamu semalam,
jangan jadikan penghalang kejayaanmu kini.

Semua makhluk diuji,
pohon di sana juga bersedih dek tangan manusia,
pantai di sana juga menangis dek sikap manusia.

Namun kerja mereka berzikir,
memuji Allah yang telah menciptakan mereka,
sebaliknya manusia hanya berfikir… berfikir… fikir… fikir..dan fikir.

Aku juga mahu jadi serpihan juang,
namun ia terbatas,
cukup aku memberi dari kejauhan.

Ketahuilah…
jika hanya berharap pada yang biasa(manusia),
kau akan kecewa.

Bukan Allah tidak tahu dukamu semalam,
metaforanya kau pelayar,
ombaknya tidaklah besar,
cuma perahunya sahaja yang kecil.

Jangan terlalu bersedih…
kau lihat mentari di sana,
ia milik mereka yang menghargai.

Kau tak perlu pergi ke sana untuk mendapatkannya,
cuma perlu nikmati indahnya mentari kerana pada saat ia telah tiada,
kau harus redha untuk kehilangannya.

Bersahabatlah dengan alam,
cari ibrah daripada mereka.

Teruskan langkahmu…
jangan toleh lagi,
mungkin banyak kali kau terjerat,
jangan jatuh di lubang yang sama.

Mungkin ini yang terakhir,
manfaatkan segala yang ada di sekelilingmu.

Moga kau terinspirasi daripada secebis nukilan ini.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nauli Sutra Samosir binti Jamal. Berasal dari Dungun, Terengganu. Merupakan pelajar Universiti Kolej Bestari.

Ia merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam 1.0 (PPii1). Anda berminat menulis artikel? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%