,

Jangan Bersedih… Allah Kan Ada?

Kesedihan. Hadirnya kesedihan memadamkan ketenangan hati seorang insan. Seusai dihimpit kedukaan, perjalanan insan terasa lemah sekali.

Tatkala insan dibebani penyakit dan hutang piutang, ianya seakan racun yang tidak bisa disingkirkan lagi.

Sindiran dan perbuatan jahat terus menusuk hati bagaikan dihiris sembilu.

Terasa sesak dada insan menghadapi arus kehidupan ini. Kadangkala, air mata insan bergenang memikirkan tekanan demi tekanan.

Tekanan demi tekanan yang menjelma tanpa ungkapan salam begitu perit sekali untuk dihadam. Kita terkedu lidah membeku akan dugaan yang terus melekat di pelbagai sudut.

Lalu apakah penawar duka dan sengsara kehidupan ini? Apakah ubat yang mujarab bagi mengubati sengsara warisan ini?

Jangan bersedih wahai insan. Allah kan ada? Kita sayang Allah, Allah sayang kita. Kita solat sunat 2 rakaat, semua masalah kita akan selesai.

Allah berkuasa memindahkan duka kepada bahagia. Jadikanlah al-Quran sebagai cahaya dalam jantung hati kita. Alunkanlah zikir munajat pada Allah sebagai terapi dada yang sesak ini.

Contoh ungkapan ajaib yang bisa menghadiahkan jiwa yang tenteram adalah:

“La Tahzan… Innallaha Ma’ana…”

“Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”

Ungkapan ajaib ini diucapkan sendiri Nabi Muhammad kepada sahabatnya Abu Bakar dan dirakamkan di dalam Surah Al Taubah ayat 40.

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua,

ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.

Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Apabila kita melihat dunia dari dimensi akhirat, barulah insan dapat mencapai ketenangan sebenar dalam kehidupan ini.

Walaupun harta dan anak pinak boleh menyumbang kepada bahagia, tapi itu bukan segala-galanya.

Bahagia itu bila Allah sayang. Bahagia itu tatkala insan cuba mewujudkan perasaan mahabbah dengan Tuhannya.

Kata Ulama terkenal, “Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan menghadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan dengan kegembiraan mengenali Allah…”

Inilah petua atau penawar bagi insan yang mengharapkan ketenangan. Dengan mengenal Allah, hidup akan bercahaya… merintihlah… menangislah wahai mata.

Menangislah wahai mata… tangisan kerana Allah….tangisan gentar akan seksaanNya… tangisan syukur pada nikmatNya.

Menangislah wahai mata… di dalam suram sinaran malam hari… mengalunkan doa tatkala sunyi sepi… membisik kalimah indah doa-doa Nabi dan Al-Quran… bagi menelusuri cinta Illahi.

Ucapkanlah taubat dan istighfar kepada Allah. Ianya merupakan pelita cahaya dan penawar duka dan pengubat sengsara.

Ianya merupakan cahaya kepada percikan dosa. Berdoalah wahai insan. Doa sebagai penawar kepada kesedihan dan keperitan hidup.

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Baikilah semua urusanku. Jangan Engkau serahkan diriku kepada aku walau sekelip mata.” (Hadith riwayat An-Nasai)

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhd Ridhuan bin Sulaiman. Berasal dari Shah Alam, Selangor. Kini, berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Ibu Pejabat JKR, Malaysia.

Adik kepada penulis ada menyediakan perkhidmatan “Private Martial Art Lesson” di Seksyen 19, Shah Alam. Sila hubungi adik penulis, Muhammad Ikram di talian 017-603 9997 untuk sebarang pertanyaan. Layari https://www.instagram.com/ikramtyson/

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Total votes: 7

Upvotes: 6

Upvotes percentage: 85.714286%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 14.285714%