,

Jalan Menuju Tuhan (bahagian 2)

Selepas beberapa langkah lelaki muda tadi berlalu. Tiba-tiba dia tidak mampu melangkah lagi apabila mendengar alunan bacaan al-Quran daripada si adik.

“Apa yang kamu baca itu?”

“Surat cinta daripada Tuhan,” jawab si adik sambil menunjukkan senaskah mushaf al-Quran kepada lelaki muda tadi.

“Cinta hanya membuatkan kamu kecewa. Jangan pernah mendekatinya,” kata si lelaki muda.

“Kami tidak pernah kecewa dengan cinta-Nya,” balas si adik tenang.

Aku juga kecewa bercinta dengan manusia. Bagaimana kamu tidak kecewa bercinta dengan-Nya yang tidak pasti di mana.”

“Kami dapat melihatnya.” Si abang menjawab dengan penuh berkeyakinan.

Lelaki muda tadi tertawa mendengar jawapan dari si abang. Si abang pula hanya tersenyum tenang dengan reaksi lelaki muda itu.

“Tuan kelihatan seorang yang berpendidikan. Sudah tentu tuan tahu dahulu manusia tidak dapat melihat kuman sehingga terciptanya alat bantuan seperti mikroskop,” jelas si abang.

Lelaki muda itu terdiam. Dia mula berfikir. “Bagaimana kamu dapat melihat Tuhan?”

Si adik sekali lagi menunjukkan al-Qurannya. Lelaki muda itu merampas al-Quran di tangan si adik.

“Kamu ini hanya pendusta. Tiada apa yang aku lihat dari sini.”

“Tuan menggunakannya dengan cara yang salah.” Si abang cuba membantu.

“Jadi, bagaimana kamu gunakan sehingga dapat melihat Tuhan?” Tanya si lelaki muda masih tidak berpuas hati.

“Saya rasa tuan lagi bijaksana daripada kami. Kalau saya salah tolong betulkan. Saya juga yakin tuan pasti tahu manusia itu mempunyai 5 pancaindera. Tapi kami mempunyai 6 pancaindera,” jawab si adik.

“Maksudnya kamu ini manusia yang luar biasa.”

“Kami bukan manusia yang luar biasa. Tetapi kebanyakan manusia itu yang luar biasa,” kata si abang pula.

“Kebanyakan manusia itu luar biasa?”

“Setiap pancaindera kita ini mempunyai fungsi yang berbeza dan tidak setiap perkara itu perlu dilihat untuk diyakini. Kita boleh melihat, merasa, menghidu, menyentuh dan mendengar. Tapi kebanyakan manusia itu terlupa mereka mempunyai pancaindera ke-6.” Si abang cuba menjelaskan secara terperinci.

“Aku juga memilikinya?”

Si abang dan si adik mengangguk membenarkan pertanyaan si lelaki muda itu.

“Apakah pancaindera ke-6 itu?”

“Pancaindera itu terletak di hati. Itulah yang kita namakan perasaan. Perasaan itu tidak dapat dilihat tapi dapat dihayati. Kami menggunakan hati untuk melihat Tuhan,” jawab si adik gembira.

“Bagaimana aku juga dapat merasainya?”

Si abang dan si adik saling berpandangan.

“Aku seorang aties jadi aku tidak mempercayai kewujudan Tuhan,” jawab si lelaki muda.

“Adakah tuan tahu teka-teki berkaitan telur dan ayam?” Tanya si adik.

“Apakah faedah bermain teka-teki seperti itu?”

“Kita boleh belajar tentang induk dan persenyawaan,” jawab si abang.

“Kamu berdua ini memang kelakar. Ya, itu hanyalah satu proses yang tiada kesudahan. Apa yang perlu lagi kita belajar daripadanya,” jawab si lelaki muda sambil ketawa.

“Kami ingin sangat tahu bagaimana induk boleh tercipta tanpa persenyawaan. Ataupun persenyawaan berlaku tanpa induk”. Si abang menjawab tanpa ragu.

“Bukankah alam ini tercipta secara semula jadi. Jadi kamu tidak perlu memikirkannya lagi,” jawab si lelaki muda.

“Kalau begitu kita tidak perlu lagi melalui proses percintaan dan mungkin juga penanaman pokok,” kata si adik sambil lagaknya seperti berfikir.

“Kenapa kamu berkata sedemikian?” Tanya si lelaki muda.

“Bukankah alam ini tercipta sendiri. Seperti mana mulanya dulu. Tapi, saya pelik kenapa kita masih perlu bercinta dan menanam pokok?” Kata si adik.

“Kamu berdua agak bijak mengenai Sains.”

“Sains itu hanyalah satu ilmu. Manusia memerlukan ilmu untuk mengenali Tuhan,” jawab si abang pula.

 

> bersambung Jalan Menuju Tuhan (bahagian 3-akhir) <

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Anis Wafda binti Ahmad Asri. Berasal dari Gombak, Selangor.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%