,

Berapa Harga Sekeping Hati?

“Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau daging itu baik  maka akan baiklah seluruh tubuh badan. Tetapi, apabila rosak, nescaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama qalbu (hati)!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati ini mahal.

“Kenapa ia mahal dan berharga?”

Kerana di situlah Allah melihat kita, bukan pada rupa tetapi pada hati kita.

Belum ada manusia yang stres ingat Allah.

Jika kita ingat kepada Allah, kita akan sentiasa menjaga hati kita.

Untuk hati yang sakit atau terluka ataupun kecewa, jangan sesekali kita membiarkan al-Quran terlepas daripada hati kita.

Jangan pernah biarkan hati kita kosong dan lalai daripada al-Quran. Moga Allah jaga hati ini dengan sebaiknya.

Untuk hati semua umat Islam di atas muka bumi ini, merintihlah kepada Allah. Hanya kepada Allah tempat memohon. Dialah menguruskan segala urusan kita. Percayalah!

Keajaiban doa itu akan hadir dalam bentuk yang kita sendiri tidak sangka. Maka, berdoalah selalu kepada Allah.

Pernah diriku tertanya, “Berapa harga sekeping hati?”

Sukar untuk dijawab. Tiada jawapan!

Fikiran kita sebenarnya dikawal oleh hati. Apabila keras hati kita, keraslah fikiran kita dan keraslah perbuatan kita. Allahu akbar! Hati adalah segala-galanya dan lebih kuat daripada akal fikiran…

“Kebesaran seseorang itu bergantung kepada qalbunya (hatinya), sedangkan hati itu hanya sekeping daging.” (Saidina Ali bin Abi Talib)

Sepi hati,
tiada siapa yang tahu
hanya pada Yang Satu
aku pohon selautan doa.

Tak ingin rayu pada siapa
tak ingin cerita pada siapa
biarkan aku dan DIA
kerana DIA lebih tahu
rintihan hati.

Ya Robb,
aku hamba yang kerdil
penuh dosa
ampuni aku.

Ya Robb,
rintihan hati pilu
tangisan dalam sejadah rindu.
Hanya pada-Mu kupohon.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei yang merupakan seorang guru di SMI Aman Binjai, Kelantan.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Total votes: 18

Upvotes: 13

Upvotes percentage: 72.222222%

Downvotes: 5

Downvotes percentage: 27.777778%