, ,

Cerpen: Gugur Rindu (bahagian 2-akhir)

Kami agak keterlewatan kerana bumi Iskandariah ketika itu ditimpa hujan menyebabkan ada kawasan yang banjir.

Kami terpaksa menunggu tram menuju ke Pusat Konvensyen Medika di Champolien Street.

Pengisytirahan usul berbunyi ‘UNIVERSITI MELAHIRKAN MAHASISWA LESU’ dibentangkan dan kami ditakdirkan untuk bertemu dengan kumpulan yang mengumpat kami tadi.

“Mahasiswa menjadi lesu dengan adanya undang-undang AUKU, iaitu menyekat pelajar untuk berpolitik,” hujah tim debat saingan kami.

“Tuan Yang Dipertua, saya tak nampak perkaitan antara sistem Universiti dan akta AUKU dan yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri kononnya menghalang mahasiswa menceburkan diri dalam bidang politik. Kerana hari ini kita berbincang soal sistem universiti yang menjadi topik utama dan bukannya undang-undang negara yang merupakan topik sekunder.” Naqqiudin mematahkan satu per satu hujah di meja kerajaan dalam keadaan terbatuk-batuk kerana sakit tekak.

Hakiman dan ahli dewan menguntum senyuman panjang dengan idea dan kepetahan Naqqiudin, Ketua Pembangkang.

Sehingga tibalah giliranku, kedebaran, aku menelan air liur. Terdapat kesilapan struktur tugasan yang aku lakukan sehingga aku ditolak markah.

Aku juga membuat kesalahan kerana membuat konsep baru tentang sistem universiti sehingga dikritik pedas oleh Menteri Ketiga di perwakilan kerajaan.

“Fikri aku ingin tegur sedikit tentang cara dan sikap kau dalam perdebatan.” Naqqiudin seperti kecewa kerana kekalahan di saringan pertama.

Syazwan juga turut ingin menegurku yang menjadi punca segalanya.

“Pertama, kau sepatutnya sudah ada isi, tetapi masalahnya kau tak tahu untuk keluarkannya. Banyak kita bincang tadi, tentang program anjuran universiti, kedudukan dan banyak lagi. Kenapa tadi satu hapak pun tak keluar?” Berang Naqiuddin.

“Eh kau tak boleh macam ni Fikri. Kita sudah lama berlatih.” Syazwan menambah teguran.

Aku terguris. Teringatkan bagaimana aku ditegur oleh Danial ketika berdebat di Malaysia dahulu. Keadaannya tetap sama. Memang aku manusia biasa, tidak lepas daripada kesalahan.

Usul kedua berbunyi ‘WANITA TIDAK PERLU BEKERJA’.

“Keadaan wanita di Malaysia yang dipaksa untuk bekerja lebih masa, dan diberi kerja-kerja berat serta penguatkuasaan yang lemah sehingga wanita memilih karier bekerja dalam sektor pelacuran telah melanggar tiga garis Dasar Wanita Negara 1989. Oleh itu pendirian kami di meja kerajaan adalah wanita tidak perlu bekerja dalam perkara yang melanggari Dasar Wanita tersebut.” Naqqiudin ligat mengeluarkan konseptual.

Sehingga tiba giliranku, lembaran kertasku terjatuh dan aku segera mengutip, lidahku kelu dan gagal memahami konsep Dasar Wanita Negara tersebut sebaiknya malahan tidak bersedia menjawab celahan dari meja pembangkang.

Aku sangat kelu, ‘Naqqiuddin, aku tak mampu lakukannya.’

Fikri tidak bersuara. Hanya duduk dan merenung pantai di kubu Qaitbay yang berkelipan.

Matahari menghurubkan diri sepertiku. Aku tidak hadir ke sesi perdebatan seterusnya kerana kecewa akan diriku.

Pada saat ini aku sangat merinduimu Danial. Sahabat sepasukan yang sepatutnya sentiasa menerima keburukan dan kesilapan diriku.

Tetapi kita sudah lama tidak bertegur. Sekian lama semenjak pertengkaran tempoh hari.

“Sahabat, kau ada masalah ya. Janganlah simpan seorang diri. Ceritalah pada aku.”

Naqqiudin muncul ketika air mataku mengalir tumpah. Syazwan cuba memujukku. Aku menghentikan buaian rinduku langsung mengesat air mata.

“Minta maaf Fikri, aku garang sangat tadi. Tak mengapa kita perlu belajar daripada kesilapan dan pengalaman. Walaupun kalah, persahabatan kita tak harus terputus.”

“Betul tu Fikri, persahabatan lebih utama daripada harga sebuah kemenangan. Kita berdebat pun bukan sebab hendak menang, tetapi menguatkan kepercayaan dan kejujuran, saling merima nasihat dan menjaga aib sesama kita.” Syazwan menambah.

Sahabatku tersenyum menyokongku. Keluangan ini kugunakan untuk bercerita tentang Danial, sahabat yang kurindui dari jauh.

“Laa, sebab tu aje fikiran kau terganggu. Dah mari pulang. Malam ini kita makan besar. Hahaha.”

Kami ketawa terbahak-bahak. Entah bagaimana perwujudan Naqqiudin, segenap bisa menggugurkan rinduku yang terbuku.

 Saat aku menitip suratku ini buatmu,
 Ketahuilah masa-masa yang dulu,
 Membuatku tersenyum terkadang bisu seribu,
 Sendu tawa silih terngiang membawa pilu,

 Mengingat kembali kini kita sudah hilang rindu,
 Atau aku yang menjauh sendiri menusuk sembilu,
 Tika tersedar dilukai oleh madahmu,
 Bagai tiada berpijak di bumi dahulu,

Kenyataan ditempuh bertopengkan tipu,
Dalam ku merintih luar ku jernih,
Jalanku dan jalanmu biarkan sendiri memilih.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Fajrul Islam bin Baharudin. Berasal dari Ipoh, Perak. Seorang pelajar Akidah dan Falsafah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Minat menulis karya eceran dan karya sastera estetika. Koleksi penulisannya boleh didapati di www.tarbiahqalbu.wordpress.com

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%