,

Bagaimana Syaitan Menyesatkan?

Bismillahirrohmanirrohim.

Sebelum memulakan tulisan ini, mari kita kenal dahulu siapakah itu syaitan. Allah berfiman dalam Surah Al-Anam ayat 112:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ’ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.”

Syaitan dalam ayat diatas, diterangkan dengan membisikkan kata-kata yang indah sehingga manusia tidak bisa membezakan sama ada kata-kata itu benar atau salah.

Lembut cara yang digunakan syaitan sehingga manusia terpesona dan terpengaruh.

Seperti, kita sudah terjaga jam 5;50 pagi, tapi syaitan bagitahu,

“Belum subuh lagi ni. Sempat lagi tidur. Sekejap je tidur. Takpe. Azan nanti bangunlah. Kau kan letih. Rehatla sikit lagi.”

Semua bisikan itu adalah BETUL! Kena benar dengan diri kita yang letih dan perlu rehat. Jadi kita pun sambung tidur.

Cuba perhatikan, kata-kata(bisikan) itu adalah benar. Tetapi ianya boleh membawa kita kepada keburukan.

Benar kerana kita letih dan perlu sambung tidur. Lagipun waktu subuh belum masuk.

Ada lagi sikit masa untuk sambung tidur. Boleh je set jam loceng semula dan bangun. Kalau boleh bangun.

Keburukannnya adalah, sekiranya kita terjaga selepas waktu subuh, kita berdosa.

Padahal kita sudah terjaga sebelum subuh dan boleh bangun untuk bersedia solat Subuh.

Lihat pula ayat di bawah. Surah Yasin ayat 62:

وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيرًا ۖ أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ

“Dan sesungguhnya, syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah kamu sepatutnya berfikir dan insaf?”

Pada ayat di atas, Allah menyuruh kita berfikir. Di mana nak mula berfikir? Masa bila yang sesuai untuk berfikir?

Pada saya, apabila wujud yang fikiran negatif.

Macam mana nak tahu fikiran tu negatif?

Bila kita tengok akibat daripada fikiran itu. Akibat yang tak selari dengan hukum.

Pada contoh di atas, terlepas waktu subuh, berdosa. Akibat daripada tidur sekejap, memungkinkan kita terlepas waktu subuh sebab kita letih dan perlu lebih rehat.

Perlu kita semua tahu, fikiran manusia membawa kepada dua akibat. Sama ada akibat baik (fikiran positif) atau akibat buruk (fikiran negatif).

Tiada fikiran akibatnya di tengah atau di antara.

Fikiran yang negatif adalah sebenarnya hasutan syaitan yang kita tak perasan sebab seolah-olah benar belaka bisikan itu.

Kita lihat analogi ini.

Bila wujud satu fikiran/bisikan, cari akibat daripada fikiran itu, sekiranya akibat yang baik dijumpai, teruskan dengan fikiran itu. Sekiranya akibat yang buruk ditemui, hapuskan dan lupakan fikiran itu.

Semoga bermanfaat.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurain A Mutalib. Ikuti perkembangan beliau di Facebook Ain Mutalib.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Total votes: 12

Upvotes: 12

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%