,

An-Naas: Berserah Hanya Kepada Allah

Surah An-Naas, sudah pasti semua orang menghafalnya.

Surah yang pendek, sudah tentu ramai mengingatinya. Namun begitu, ada apa dengan surah yang ke-114 ini?

An-Naas bermaksud manusia. Manusia itu ialah kita. Surah ini mengajar kita supaya berlindung kepada Allah daripada sesama manusia.

Dalam kehidupan kita seharian, kita akan berhadapan dengan manusia yang mempunyai pelbagai ramai. Ada yang baik dan ada yang tak baik.

Seandainya goyah iman kita, kita akan tergelincir di jalan yang salah kerana dipengaruhi syaitan yang bertopengkan manusia.

Oleh itu, surah ini mengajar kita cara untuk menghadapi hidup di tengah-tengah gelombang manusia. Kita disuruh berlindung diri kepada Allah.

Allah itu Rabbun Naas (Pemelihara Manusia).

Allah itu Malikun Naas (Penguasa Manusia).

Allah itu Ilahun Naas (Sesembahan bagi Manusia).

Allah tidak akan membiarkan sahaja manusia hidup semahu-mahunya sendiri seperti dalam firman-Nya dalam surah Al-Qiyamah ayat 36:

“Apakah mereka menyangka manusia itu bahawa ia akan dibiarkan saja hidup terumbang-ambing?”

Hanya kepada Allah kita berserah kerana kita adalah milik Dia. Kita berlindung diri kepada Allah iaitu Pemelihara, Penguasa dan Tuhan dari sekalian alam.

Ayat terakhir surah ini telah dijelaskan bahawa si pengintai itu terdiri daripada jin dan manusia.

Mereka memasukkan perasaan was-was ke dalam dada manusia supaya sesat daripada mengingati Allah.

Namun begitu, kita akan berjaya mengatasi semua ini apabila kita meninggalkan apa yang disukai syaitan.

Orang yang terpelihara dalam benteng itu ialah orang yang benar-benar tidak ada yang disembahnya selain Allah.

Dalam sebuah hadis sahih, diriwayatkan oleh Bukhari yang beliau terima sanadnya daripada Sayyidatina Aisyah ada menceritakan kisah Rasulullah SAW.

Apabila hendak masuk ke dalam tempat tidurnya pada setiap malam, dibacanya oleh Baginda surah Qul Huwallaahu Ahad, Qul A’udzu Bi Rabbil Falaq dan Qul A’udzu Bi Rabbin Naasi di kedua-dua telapak tangannya.

Setelah selesai, disapunya kedua telapak tangan itu dengan dimulai dari kepalanya dan muka, terus kepada seluruh bandannya sampai ke bawah. Baginda melakukan perbuatan tersebut sebanyak tiga kali.

Semoga kita sentiasa berada dalam jagaan Allah, insyaAllah.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei yang merupakan seorang guru di SMI Aman Binjai, Kelantan.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 4

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 50.000000%