,

Allah Sering Ingatkan Kita Kembali Dengan Musibah

Kita terlalu gah terbang tinggi,
hingga lupa diri.
Kadangkala sayap yang terluka ingatkan kita kembali,
Bahawa kita ini hamba yang serba kekurangan.
Berendah dirilah, jangan bongkak dengan Pencipta.

Bila sudah terlalu leka, kita mula alpa.
Perintah Tuhan kita abaikan,
larangan Allah pula kita langgar.
Seperti hidup ini tiada mati.
Seperti kita selamanya di sini,
di dunia ini.

Bila Allah biarkan kita terlalu lama,
hanyut dalam arus sebuah kenikmatan,
ada baiknya tiba-tiba Allah badaikan kita,
dengan ombak deras yang menghempas.

Agar kita kembali sedar pada tujuan asal kita dihidupkan,
untuk beribadah, bertakwa dan beriman.

Manusia memang begitu.
Dalam senang yang terlalu lama,
suka hingga lupa.
Nanti bila sudah di hujung waktu,
sesal tiada gunanya

Maka jangan dianggap ujian itu laknat,
kerana ujian kebanyakannya adalah Rahmat.
Allah kasih, tidak mahu kita sesat,
susah kelak di akhirat.

Maka Allah sering ingatkan kita kembali dengan musibah.
Kerana manusia selalu begitu.
Hanya bila jatuh, sakit dan terluka,
baru sedar dari alpa.
Baru ingin ingat Tuhan.
Baru nampak jalan,
setelah lama dalam kegelapan.

Jadi, syukurlah dalam nikmat mahupun ujian.
Jangan mudah alpa pada nikmat yang menggunung.
Jangan mudah goyah pada ujian yang mendatang.

Kuatlah.
Kuatlah kerana Allah.
Allah sentiasa memberi apa yang kita perlu.
Kerana Allah selalu dan sentiasa,
lebih mengerti apa yang kita tidak tahu.

Dan kita hanya perlu yakin dan percaya.
Itu saja.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Izzati Binti Zahariman. Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian di UPSI. Ikuti perkembangan beliau di Facebook Nur Izzati Zahariman.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%