,

Aku Ingin Berubah, Jangan Putus Asa!

“Aku ingin berhenti!!!”

Allahu, nauzubillah…

Memang,
ada masanya kita rasa nak mengalah
bila usaha kita enggan berbuah
dan pengorbanan kita hanya tersia.

Ya, ada satu waktu kita akan rasa
kita penat nak berubah,
bila kita asyik ulang dosa yang sama.

Kita letih nak buat baik,
bila orang masih buat jahat pada kita.
Kita bagi bunga, dia baling batu.
Sampai kita rasa nak campak sekali pasu!

Kita bosan buat baik,
letih nak menginspirasikan jiwa.
Bila kita dakwah pun seperti tiada guna.

Hanya seorang dua yang mahu terang,
yang lain masih memilih gelap.
Jadi, perkara terbaik adalah mengalah saja.

Jangan! Janganlah berhenti…

La ta i’su min rahmatillah
“Jangan berputus asa daripada rahmat Tuhanmu.”

Kawan,
Tidak mengapalah
Kita asyik ulang buat dosa,
asal kita berulang juga ingin berubah.
Itu tanda Allah masih sudi pada kita.

Kita buat baik, orang balas jahat.
Kita abaikan saja, Allah kan ada.
Tuhan kata dan janji,
buat baik dibalas baik.
Kita hanya perlu percaya.

Kita nak berhenti dakwah,
bermakna kita nak berhenti menghidupkan jiwa-jiwa.

Teman, seorang dua pun jadilah,
daripada kita langsung tidak berbuat apa.

Keep inspiring people until the day come, when someone look at you and say, “Thank you, because of you I didn’t give up.”

Kita takkan nampak usaha kecil kita yang sekarang sebenarnya membawa makna yang besar dalam hidup seseorang.
Mungkin asbab daripada apa yang kita sampaikan menjadi pemula jalannya menuju Tuhan.

Sebab kita tidak tahu.
Jadi kita usaha saja,
jangan putus asa.
Dunia ni perlu lebih ramai orang yang baik.

Kita jangan jadi penyumbang kepada
kejahatan yang sudah sedia menimbun.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Izzati Binti Zahariman. Berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian di UPSI. Ikuti perkembangan beliau di Facebook Nur Izzati Zahariman.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Total votes: 7

Upvotes: 6

Upvotes percentage: 85.714286%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 14.285714%