,

Setelah Sekian Lama, Baru Ditemui Potensinya

“Che Qiim, akhirnya apa yang saya cari selama 17 tahun ini, telah terjawab dalam sesi sembang kita tadi.”

Ujar si anak muda berkaca mata tatkala mengiringi saya keluar dari surau.

Pagi subuh yang hening, dengan kesejukan bersuhu 22 darjah celcius, saya membuka tirai positif pagi di hadapan pelajar-pelajar bagi Program Membina Diri 2018 di bawah tajuk “Menahan Rindu”.

…Oh angin, kau kirimkan kalimah kasihku. Agar dapatku dengari kalamnya berbunyi…Biarpun sekadar cuma memujuk hati… Akanku terus berdiri hadapi semua ini…

Lembaran mushaf Al-Quran dibuka perlahan-lahan untuk mentadabbur ayat Allah SWT bagi Surah al-Rum ayat 46.

“Beberapa hari ini kamu semua pasti merasai kesejukan saat kamu tidur. Begitu juga saya. Merasai apa yang kamu semua rasai. Kesejukan itu disebabkan turunnya hujan. Dan, anginlah berfungsi untuk menurunkan hujan siap ada lirik lagu menceritakan tentang angin.”

“Ayuh kita berikan masa 15 minit untuk kita menguak rahsia ilahi melalui angin. Angin punya ragamnya tersendiri. Begitu juga dengan kita selaku seorang pelajar. Punyai ragamnya tersendiri.”

“Angkat 5 jari kamu sekarang dan sebutkan 5 nilai angin di dalam ayat 46 Surah Ar-Rum. Nilai angin yang pertama adalah pembawa khabar gembira. Yang kedua, merasai sebahagian dari rahmat-NYA.”

“Ketiga, kapal dapat belayar laju dengan perintah-NYA. Manakala keempat adalah kita dapat anugerah kurniaan Ilahi yang tidak disangka-sangka daripadaNYA. Dan, yang terakhir adalah moga kita bersyukur.”

“Maka, apabila kamu mahu menjadi pelajar yang hebat di dunia dan akhirat, maka belajar dari alam seperti angin. Angin membawa rahmat pada manusia di atas muka bumi ini. Begitu juga kamu, kamu boleh menjadikan diri kamu insan yang bermanfaat kepada orang sekeliling kamu,” ujar saya kepada mereka.

15 minit telah berlalu, dan sesi positif pagi yang saya sampaikan telah berakhir. Ketika saya mahu melangkah keluar dari surau tersebut, tiba-tiba bahu saya dicuit oleh seorang pelajar. Beliau mahu bersembang dengan saya.

Sesi sembang bersama beliau banyak tertumpu kepada ‘konflik dalaman diri beliau’. Beliau sedang mencari ‘siapa diri beliau dan apakah potensi diri yang beliau ada selama belajar di institusi sekarang’.

“Bang, saya seringkali tertanya-tanya, apakah potensi diri yang saya ada? Saya tak nampak tentang potensi diri saya. Saya belajar di sini memang rasa seronok. Namun, adakala saya hilang keyakinan diri.”

“Kadang-kadang, saya duduk menyendiri di tepi surau ini dan seringkali bertanya kepada diri, Who am I’. Stress sangat. Saya jarang cerita perkara ini dengan orang mahupun ayah dan ibu saya. Letih memikirkan tentang diri ini.”

Sesi konsultasi bermula antara saya dengan dirinya. Terjahan pertanyaan menyusup masuk ke kepala dan perasaan beliau.

Bahasa badannya berubah ketika saya mengajukan pertanyaan, “Apa yang kamu inginkan apabila ambil bidang ini?”

Terkedu dan tergamam beliau apabila diajukan pertanyaan ini. Beliau berusaha menjawab satu persatu pertanyaan yang diajukan secara santai sehingga…

“Kamu telah dengar cerita pak cik si tukang kayu dengan seorang kontraktor yang punya ijazah dari luar negara tadi, kan ? Saya berikan ‘klu’ kepada kamu untuk menjawab segala pertanyaan yang bermain di minda kamu. ‘Klu’nya adalah ’30 tahun pak cik itu menjadi pakar dalam bidang pertukangan kayu untuk membuat rumah. Maka pengalaman 30 tahun itu yang ada di dalam diri pak cik tersebut dipanggil apa?’”

Beliau mencari jawapan terhadap metafora kisah yang saya lontarkan kepadanya, dan tiba-tiba beliau menyebut perkataan PAKAR.

“Ahah! Betul apa yang kamu katakan itu. PAKAR itu adalah KAMU. Kamu punyai ilmu dan kepakaran dalam bidang teknologi pembinaan. Maka apa yang kamu perlu lakukan selepas sesi sembang-sembang ni?

“Saya adalah seorang PAKAR dalam BIDANG saya.”

“Jadi, bagaimana perasaan kamu sekarang?”

“Terima kasih Che Qiim. Saya rasa tenang dan dapat ‘lepas tension’ saya. Akhirnya, selama 17 tahun saya mencari jawapan ‘who am I’, ianya sudah terjawab dalam sesi sembang kita sebentar tadi. Pertemuan saya dengan Che Qiim memberikan jalan untuk saya terus meneroka dan membangunkan potensi diri saya dalam bidang yang saya ceburi sekarang.”

“Kamu bayangkan apabila diri kamu membawa ‘branding’ seorang PAKAR RUNDING REKA BENTUK TINGKAP, bagaimana perasaan kamu? Bagaimana dengan wajah diri kamu berbanding sekarang? Kamu sedang membawa nama siapa dalam bidang kepakaran kamu?”

“Saya sedang membawa diri saya menjadi seorang pakar dalam bidang yang saya ceburi serta saya bangga kerana belajar di tempat ini. Terima kasih Che Qiim.”

**********

*Kisah benar daripada seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi yang dikendalikan oleh saya sewaktu di dalam Program Membina Diri (PMD) baru-baru ini. Akalnya telah celik dan sedar dengan segala sumber kekuatan yang ada pada dirinya. 17 tahun baru ditemui potensinya. 

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Mohd Mustaqiim Asmuji. Beliau merupakan seorang pakar klinikal psikoterapis dan pengasas NLP & Hypnotherapy Center. Berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan minda dan emosi melalui terapi psikologi NLP & Hipnoterapi.

Berdaftar secara sah di bawah Persatuan Pengamal Hipnoterapi Malaysia (AHPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Traditional & Complementery Medicine). Beliau boleh dihubungi melalui talian +6019-2044036.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%