,

Ramadhan Memupuk Sifat Memberi Melalui Lapar Dahaga

Kunjungan Ramadhan seringkali dinanti-nanti golongan yang beriman. Sama sekali suatu kunjungan penuh bermakna.

Demi manfaat dan hikmah terulung. Mengosong kantung perut asas tuntutan daripada Tuhan Nan Esa.

Ramadhan cukup sinonim dengan menahan lapar dan dahaga. Bukan sekadar dari sudut pandang individualistik. Ternyata lapar dahaga ditempuhi, memberi kesan yang sejagat.

Ramadhan mengetuk hati-hati yang keras dek kekenyangan selama 11 bulan. Kerana kekenyangan terkadang bikin alpa terhadap fakir yang kebuluran.

Tidaklah umum golongan berdaya mampu tiada prihatin menyumbang sedekah di luar Ramadhan. Cuma risiko terabainya golongan asnaf lebih sewenangnya.

Asas ibadah melalui berlapar dahaga, bikin mudah menjiwai nasib mereka yang kesempitan mencari sesuap makanan.

Ada yang menyantap hanya sehari sekali, ada yang menyantap berselang-selang hari, tidak kurang juga yang menyantap belum tentu pasti.

Lantaran menjulang empati setulus hati dengan mengangkat nilai budi pekerti dalam bantu meringankan beban buat yang memerlukan.

Sang Pengurnia Rezeki Allah SWT menawarkan ganjaran pada yang ringan bersedekah dan menginfaq harta ke jalan kebaikan berdasarkan firmanNya,

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah Al-Baqarah: 261)

Rasul Junjungan SAW turut menyatakan akan sifat mulia dalam memberi,

“Tangan yang di atas lebih baik dariada tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang di bawah adalah orang yang meminta.” (Hadith riwayat Bukhari)

Apatah lagi di bulan barakah ini terhidang pahala berlipat kali ganda bagi setiap amalan termasuk dalam bersedekah berbanding bulan-bulan yang lain.

Menurut seruan motivasi Baginda SAW,

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun juga.” (Riwayat Al-Imam Tirmidzi, Ibnu Majah & Ahmad)

Maka, sebahagian hikmat Ramadhan, merupakan bulan pendidikan ataupun kempen kesedaran kemanusiaan.

Demi mendidik hati dan jiwa agar pemurah dan dermawan dalam bersedekah dengan tawaduk dan ikhlas semata-mata kerana Allah Sang Pemilik Alam.

Namun, sama sekali Ramadhan bukan menyeru amal sekadar bermusim. Sedang ia bulan melentur diri agar istiqamah dalam beramal kebajikan biar Ramadhan sudah berlalu pergi.

Malahan ia pendidikan intensif yang menyeluruh, agar kita berlumba-lumba dalam amal soleh dan kebajikan demi bertimbun saham di Mahsyar kelak. Insya-Allah.

Sang Maha Adil Allah SWT menyatakan ciri-ciri golongan yang beriman,

“Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.” (Surah Al-Mukminun: 61)

Malahan firmanNya yang sering menjadi sebutan,

‘Fastabiqul khairat’ – فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِۚ

“Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.” (Surah Al-Baqarah: 148)

Begitulah secebis hikmat Ramadhan yang dapat saya huraikan. Mudahan saya berkesempatan menukil hikmat Ramadhan dari sudut pandang yang lain pula. Insya-Allah.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Adli Abdullah yang merupakan seorang novelis OKU @TLiNGE. Antara karya beliau ialah Elektro Pengaman Sejagat (http://play.tlinge.com/audiobook/elektro-pengaman-sejagat/).

Ikuti perkembangan beliau di Facebook AdliAbdullah, Facebook TLiNGEapp, Instagram AdliAbdullah.official, dan Twitter AdliAbdullah85.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%